Tuesday, September 27, 2016

too blessed to be stressed huh?

Bismillah.

Indeed, after all, I feel so blessed.
Thank Allah for all I have.

...........................................................

Sekarang, secara rasminya menjadi pelajar Master's Degree Student, di UPSI. Ya, pasca siswazah sudah Nadirah :)

Well, makin banyak dengan tanggungjawab, makin terikat dengan masa. tapi kenapa macam ada masa terluang lagi?

23 tahun hidup sehingga saat ini, makin sedar kelemahan diri. Walaupun sekarang hendak memulakan kehidupan sekali lagi sebagai seorang pelajar, masih lagi bertatih kaki ini berjalan. Macam mana nak memburu syahid?

Hidup dengan kitab yang makin bertambah setiap kali berjumpa dengan supervisor, ditambah dengan nasihat dan semangat dari supervisor, tak boleh cepat mengeluh sebenarnya.

Selain menjadi pelajar, tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang daei, seorang ketua atau barisan qiyadah harus dijaga. Jadual harian bagaimana disusun, masa untuk memikirkan atau membincangkan sesuatu isu perihal tanggungjawab, juga perlu diatur sebaiknya. Berapa lama berinteraksi dengan handphone (whatsapp dan telegram) berbanding dengan berapa lama berinteraksi dengan Al Quran(tilawah, tadabbur dan hafalan)?

Ditambah dengan ....... yang masih juga tidak pasti, perlu berwaspada dan mendoakan yang terbaik.
Apabila berkait dengan hati dan perasaan, fokus perlu lebih untuk berhati - hati. Allah kan ada untuk jaga hati kita? :)

Our real blessings often appear to us in the shapes of pains, loses and disappointments; but let us have patience and we soon shall see them in their proper figures.

No comments:

Post a Comment