Tuesday, May 1, 2012

Bahasa Arab susah?


"Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang."

Mesti kita acap kali dengar ayat ini kan? Tapi, betul ke sangat memaknai ungkapan ini? Buat masa sekarang saya rasa, ungkapan ini sangat terkena dengan diri saya.

Di Jordan ini, saya merupakan pelajar Tahun 1, Bahasa Arab. Bila saya memperkenalkan diri dengan memberitahu kepada umum kos saya, orang akan cakap, "Eh, susah kan Bahasa Arab?" "Boleh cope ke?" "Bagaimana awak belajar?" Dan pelbagai lagi soalan yang saya kira, bagus mereka tahu apa yang saya rasa.

 Memang saya akui, Bahasa Arab agak susah. Tidak semua senang dalam dunia ini. Nak kata masak air senang? Oh, tidak. Susah juga. Nak kena isi air dalam cerek, letak atas dapur, pasang gas. Banyak juga caranya. Jadi, kerana dengan susah itu kita belajar, belajar dan belajar. InsyaAllah, Allah ada untuk kita mengadu segalanya.

banyak kena belajar kalau nak pergi lebih tinggi
Semakin menjelang final exam dan semakin dekat hari untuk pulang ke Malaysia, saya kira, banyak lagi yang saya mesti belajar dalam memperbaiki diri yang serba - serbi ini supaya Bahasa Arab bertambah baik.

Mengimbau zaman sekolah menengah dulu (ceh, padahal baru sahaja tinggalkan sekolah). Soalan ujian lisan Bahasa Arab, "Kenapa anda suka/belajar Bahasa Arab?" Pelbagai jawapan yang akan diberikan dan saya kira, kami pelajar - pelajar hafal sahaja jawapan dan semua jawapan adalah sama. "Sebab Bahasa Arab ialah Bahasa Ahli Syurga, Bahasa Al - Quran, Bahasa Syurga sendiri."

Kini, saya sangat memaknai jawapan yang saya berikan dahulu. Tersangatlah rugi kalau saya belajar Bahasa Arab hanya sekadar hendak berbangga - bangga dengan orang lain. Na'udzubillah.

Bahasa Arab ini sangat cantik. Sejak saya belajar Syair Jahili (subjek wajib bagi saya kos Bahasa Arab), saya nampak kekayaan Bahasa Arab. Some words, tiada dalam kamus. Yang di mana, perkataan itu rupa - rupanya, adalah satu istilah yang digunakan untuk meluahkan apa yang penyair itu rasa. Maksudnya di sini, perasaan si penyair itu memang diungkapkan dengan perkataan yang mempunyai makna yang sangat tersirat yang penyair sahaja tahu. Cantik bukan? Betapa tingginya Bahasa Arab. (Seperti yang diketahui umum, orang Arab sangat berbangga dengan syair. Kalau dia tahu orang Malaysia hafal syair, dia akan rasa.. MasyaAllah)

Pengakuan juga di sini, saya seorang yang kurang minat subjek yang berkisar dengan Sejarah. Tetapi, Bahasa Arab dan Kesusasteraan ini, memang sah - sahlah banyak mengenai sejarah kan? Sastera pula! Bak kata senior di sini, "Korang kalau tak minat Sejarah, kena minat juga! Memang banyak sangat sejarah yang kita akan belajar. Tanamkan rasa minat dalam diri." Saya ketika itu, rasa sangat tertampar. Berusaha untuk memupuk rasa minat sejarah. 


Semoga saya terus kuat dan lebih juhud untuk menggapai kejayaan dalam mempelajari Bahasa Arab. Semua yang diimpikan tidak akan hadir tanpa usaha yang lebih dari diri yang kerdil ini.

"Dengan bahasa ada peradabaan. Di sebalik peradabaan ada masyarakat."

- kalau belajar nahu dan sorof, best sangatttt.
  subjek yang sejarah - sejarah a.k.a membaca,
  mengantuk sikit. opss*
  Ya Rabb, berilah saya kekuatan.
  Saya mahu benar - benar mendalami Islam
  dengan memantapkan Bahasa Arab.
  Umat sangat memerlukan saya -

1 comment: