Bismillah
Kebelakangan ini, sahabat - sahabat yang saya kenal sejak terjebak dengan dakwah & tarbiah, ada beberapa orang yang mahu meluahkan perasaan rindu dan sayang (instagram, whatsapp mahupun facebook) Saya kira, mereka sudah cukup membuatkan diri ini tersenyum rasa terharu. Seriously, each of them means a lot to me.
Sejujurnya, perasaan rindu dan sayang terhadap akhawat ataupun ikhwan bukan ikhwah sangat dirasai setelah berada dalam jalan ini.
Teringat peristiwa awal - awal berada di Jordan, tahun pertama di sana. Di kala masih 'kanak - kanak', masih ada perasaan tak senang dengan akhawat yang lain. Perasaan mudah terasa dengan orang, mudah tak suka dengan perangai pelik seseorang, mudah rasa tak puas hati dengan akhawat dan banyak lagi perasaan yang 'mudah' berlaku. Sebab sebelum menjadi 'akhawat Jordan', saya mudah untuk ada perasaan tak suka dengan orang tanpa sebab yang munasabah.
But, as time goes by, ada rehabilitation phase, ada masa untuk fikir apa sebenarnya yang sedang dilakukan di samping sentiasa mohon doa moga Allah jauhi penyakit hati terhadap orang lain, saya semakin 'okay' dengan banyak perkara.
Pesanan dari salah seorang naqibah
"Nad, awak kena fikir betul - betul pasal masalah awak dengan ukhti ni. Jauh lagi perjalanan awak dekat Jordan ni, Awak tak akan lari untuk berjumpa dengan dia, dalam usrah, daurah, meeting even di universiti."
Fatrah saya sedang dilemma masalah tersebut, of course la, bila kita ada masalah dengan seseorang, kita akan sedaya mungkin untuk lari daripada berjumpa dengan dia. Nak dijadikan cerita, kami usrahmate. Ya Allah, setiap kali pergi usrah menggigil, tangan sejuk dan rasa hendak menangis. Untuk memberi respon dalam usrah pun takut-takut. Takut kalau terlepas cakap dengan emosi, nanti tiba - tiba meletup ataupun menangis.
Hampir dua semester juga saya cuba untuk berfikir dan selesaikan masalah kami. Alhamdulillah, tak perlu selesaikan face-to-face, Allah berikan saya kekuatan untuk terus melakukan aktiviti harian seperti biasa dan melupakan masalah tersebut. Kini kami bersahabat baik, ukhuwah semanis gula gitu. Senang bukan? :)
Sekarang, saya cuba untuk memaknai apa itu ukhuwah yang sebenar, ukhuwah kerana Allah. Jika saya mengatakan saya sayang awak sebagai seorang ukhti, I really mean it!
Ikhlas dari hati, rindu. Antara sebab tsabat, ada akhawat yang sentiasa menguatkan, ada akhawat yang sudi untuk 'merepek' bersama, ada seperti "Apa-apa, roger. Ana sentiasa ada untuk enti." :p
Begitulah, bersama akhawat, lain sikit. Tak tahu untuk terangkan bagaimana.
|
mukhayyam khandaq |
|
GMJ |
|
Charity Run 5km |
|
raya 2014 |
|
akhawat Perak |
|
peneman setia jogging di padang Yarmouk |
|
jaulahmates UK SPAIN |
|
AJK Wacana IKRAM |
|
jaulahmates mesir dulu |
|
syuramates |
|
jaulahmates - egypt |
|
AJK Haflah Khirrijat akhawat |
|
AJK Winter Gathering |
|
AJK Pertandingan Hafazan MUJ |
|
akhawatsss |
|
AJK MUJ |
|
katibahmates |
|
gambar mahal ni :) |
Nampak macam indah belaka jika lihat pada gambar? hehs
Normalnya, ada juga indah dan pahit dalam berukhuwah. Apa yang pasti, moga saya, anda, kita dan mereka akan berukhuwah sehingga ke syurga. Ameen
Ukhuwah is a very lovely word. Hence, it does have a lovely meaning. Ukhuwah means a bond or relationship. Fillah means for the sake of Allah. When we do ukhuwah, we do it just to find His blessings
No comments:
Post a Comment