Monday, April 9, 2012

Friends

sila abaikan tulisan atas tu. erkk

Indahnya ukhuwwah fillah.
Teringat sahabat di Malaysia dan di Jordan juga.
Mereka banyak membantu di kala susah senang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Kata ayah, "Teman biar seribu, musuh jangan seorang."
Jika semua yang kita buat kerana Allah dan berusaha untuk mendapat redha Allah,
segalanya akan dipermudahkan.
InsyaAllah, kheir
(^-^)


masa pelancaran Ikram Junior Daerah Taiping :)

Well, Wajihah, sahabat yang dikenali sejak Form 1. Menjadi sangat rapat. Jiha pindah SBPI. Pergi meninggalkan daku seorang diri.. isk, isk.. Alhamdulillah, sekarang kita dah sama. Wee~ Tiada wavelength antara kita. Semoga kita sama - sama tsabat dalam *jalan ini. Tunggu kepulanganku tahun ini. Seronoknya dapat tahu awak join usrah di DQ. Doktor right? Ameeen, Doktor + Daei + Hafizah. Sama - samalah kita mentarbiyyah diri kita untuk menjadi rijal - rijal yang sama menegakkan Islam, Ameeen.
:)

"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, dia tidak akan berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan, dibawa hati saudaranya bersama. Tiap pahala yang didapati sepanjang perjalanan pasti terbias buat saudaranya."



Ummi Solehah. Sahabat saya di Malaysia. Maaf atas segala salah silap. Kita kat sini, awak di sana. Mesti rindukan kita kan untuk duduk lutut bertemu lutut sekali kan? Ahli dah kurang seorang.. Huhu. Kita kawan dari umur 7 tahun ke 6 tahun ye? Tak ingat, boleh marah kita :( Semoga terus laju menderu bersama deruan dakwah ini. Teringat kisah kita pergi KL sama - sama naik bas, first time kita berdikari untuk ke Putrajaya. Alhamdulillah, kita selamat pergi dan pulang. Tiba - tiba rindu pula. Banyak sangat kita buat perkara bersama sejak kecil lagi. Banyak persamaan pula tu. Awak dahla tua sehari dari kita. Ehekk :p

"InsyaAllah, akan sampai Jordan. Sambung sana.
Kita suka sangat Maher Zain, lagu Awaken yang paling kita suka."

Di Jordan juga, saya mempunyai ramai kawan baik. Alhamdulillah.


Husna : Petah berkata - kata, Pemidato Terbaik PERMAI 2012. Walaupun baru kenal di sini, banyak yang telah kita lalui bersama -sama dan menyebabkan, saya macam sudah lama mengenali awak, Husna. Sangat - sangatla baik dan pemurah. Bab maharat hayatiyah ni, Husna hebat~
Cayalahh!

"Kita kena sabar dengan orang Arab. Kita boleh tak suka dengan orang Arab Jordan, tapi bukan dengan orang Arab."

Nadiyah Syahira : Melihat dia ini ketika berada di Malaysia, dengan gayanya yang banyak cakap (bukan cakap yang merepek yakni) menyebabkan saya mahu mengetahui lagi kisah cik Nadiyah ini. Petah juga berkata - kata sampai terbelit lidah dibuatnya. Rahsia awak masih saya simpan. Peace :p

"Kadang - kadang, bila kita sudah membuat kesilapan baru kita akan sedar salah kita. Kalau tak, sampai bila - bila kita tak tahu apa salah kita ataupun yang disebabkan kecuaian kita itu."

Kak Dzaty 'Adlin : Mengenali dirinya sebelum ini di Malaysia, menyebabkan kita rapat. Kerana jalan ini juga, kita masih bersama - sama hingga ke hari ini. Terima kasih akak sebab banyak tolong saya. Memori kita bersama di MH-i masih segar dalam ingatan. Sangat hebat bab memberi ayat - ayat best. Opss* rather than me do.

"Walaupun kita buat semua perkara bersama, makan, tidur, berjalan. Allah berikan perasaan kita lain - lain untuk kita sama - sama berkongsi cerita suka dan duka."

Nadia Fariza : Disebabkan kami ada banyak persamaan, pernah je orang kata kami kembar (merepek). Perangai mungkin sikit, tapi Nadia lagi baik dari saya. Kadang - kadang terasa sangat tercampak ana. Oppss* Walaaupun emak kami yang telah menemukan kami =) awak tetap kawan yang baik  (",)

"Mula - mula dulu, ingat awak orang Pahang. Macam manalah rupanya."

"Teman - teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa ."
(43:67)


-Terima kasih sahabat - sahabat
 kerana banyak membantu
diri yang dhaif lagi hina ini. Semoga
kita semua istiqamah dalam
jalan ini. Uhibbukunnafillah
Saya yakin dan pasti, persahabatan
dan keakraban ada rahmat Allah-

No comments:

Post a Comment