Friday, April 6, 2012

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Pernah tak kita dihadapi mehnah yang buatkan kita rasa, arghhhhh.. Kenapa macam ni? Kenapa tak macam tu? Kalau lahh.... Mesti pernah kan?


"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)

Ha... Terasa tak? Kita mesti tak nak membuka walaupun satu ruang yang sangat kecil seperti zarah sekalipun untuk syaitan kan? Habisla amalan - amalan kita selama ini. Semua orang kan sangat suka akan kebaikan, dan memang fitrah dalam diri manusia. Sedangkan, orang jahat tidak akan mengaku yang dirinya jahat. 

Ada satu kisah zaman dahulu, errkkk.. (saya zaman mana?) Ketika di sekolah menengah, setiap hari Isnin akan diadakan 'spot-check'. Bagi perempuan, dikehendaki memakai scarf yang berwarna putih. Sekolah saya kena pakai semua putih. Stokin putih, scarf putih. Fuhh~ Nak dijadikan cerita, pada hari Isnin itu, saya pakai scarf yang berwarna hitam. Entah macam mana boleh lupa* grr.. Then, dikehendaki semua orang beratur untuk diperiksa seorang demi seorang oleh pengawas yang bertugas. Nasib menyebelahi saya apabila saya tidak ditahan oleh pengawas. Akan tetapi, kawan saya yang beratur di belakang saya ditahan. Kemudiannya, di kelas. Beliau mengomel pada saya, "Eh, kenapa tak kena tahan pun. Tak aci.. Kalau kami (dia orang Kedah) buat salah sikit, mesti terkantoiiii.. Ish.." Lebih kurang macam itu lah ayatnya. Tak ingat sudah. Dah lama tinggalkan sekolah (^^,) Lepas itu, kawan sekelas saya yang lain menjawab, "Hmm, Sometimes, kita 'tertangkap' apabila buat salah sebab Allah tak nak bagi kita terus lalai membuat kesalahan. Tanda Allah sayang kita" Zasss.. Saya pada masa itu, terus terfikir.. Adakah saya tidak ditahan tadi disebabkan Allah nak biarkan saya terus leka membuat kesalahan? Naudzubillah.

Pernah juga suatu hari di rumah sahabat, saya dan sahabat saya ini, sibuk untuk membuat waffle dedikasi sebagai tempahan untuk 90 orang. Agak banyak kan? Saya dan sahabat saya itu, apa lagi... Sangat bersemangat untuk membuat bancuhan waffle (time ini, kami berdua dah habis final exam). Kalau diikutkan, resipi yang ada untuk buat waffle hanyalah sekadar untuk 12 orang. Kami mengambil keputusan untuk menggandakan sukatan - sukatan yang termaktub dalam resipi yang sedia ada kepada 5kali ganda dahulu. Antara bahan -  bahannya : Telur, baking powder, tepung gandum, garam dan gula secukup rasa, esen vanilla dan susu. (Maaf, tiada sukatan, boleh search di google. peace!)

Apa yang saya nak ceritakan ini sebenarnya? Nak memasak ke? Hehe, sabar. Sabar kan separuh daripada iman:) Setelah habis bancuhan waffle kami, kami cuba merasai bancuhan kami tadi. Alangkah terkejut dan peningnya setelah merasai bancuhan waffle kami tadi.. Argghhh. Bergasss! Sahabat saya telah tersalah letak baking soda.. Sepatutnya baking powder. Untuk pengetahuan semua, baking soda rasanya agak pahit dan sedikit bergas. Bayangkanlah, berapa banyak sudu teh baking soda yang telah diletakkan dalan bancuhan tadi. Parah juga la kami. Sangat pelik rasanya dan tak pernah rasa sepelik itu. @.@ Kemudian sahabat saya mengatakan, "Ha, bagus juga kita buat salah hari ini. Kalau tidak, sampai bila kita tidak akan sedar yang kita buat salah. Semua nak senang aje."

Sejak peristiwa tersebut, saya asyik terfikir tentang kesalahan yang saya buat. Semua yang berlaku di sekeliling kita adalah mehnah buat kita. Dan semua yang berlaku adalah yang terbaik buat kita. Allah sudah menyediakan susunan /Tak semestinya besar atau kecil, nampak atau kabur, tersirat atau tersurat. Segala susah, senang, kaya adalah ujian. Bergantung pada kita, sama ada kita sedar atau tidak yang kita sedang diuji. Setiap yang berlaku, ada sebabnya. Allah tidak akan bagi saja - saja gedebupp, ambik kau.. Rasakan! No, bukan macam itu. Allah kurniakan kita akal untuk kita fikir. Jangan sedih, jangan putus asa, jangan lemah. Tetapi, bangkitlah.. Mana tahu, setiap yang berlaku itu, ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah. Sejauh mana hubungan kita dengan Allah. (Ah, terasanyaaaa..) Dia mahu kita bergantung hanya padaNya. Apa - apa sahaja yang berlaku, muhasabah semula diri. Fikir lagi, fikir dalam - dalam dengan baca Bismillah. Istighfar banyak - banyak. Hmmm.. Menitis air mata*






No comments:

Post a Comment