Friday, April 20, 2012

Nasyid, the best relaxing theraphy ever!

Nasyid? Kenapa nasyid? Kenapa tak r&b ke, pop ke, jazz ke, rock ke, countrymusic ke? :D

Alhamdulillah, sangat banyak kan kumpulan nasyid atau nasyid solo sekali pun. UNIC, In-Team, Mestica, Hijjaz, Brothers, Rast, Haikal, AlarmMe, Wildan, Maher Zain, Irfan Makki, Sami Yusuf, Zain Bikha.. Kalau nasyid haraki, menaikkan semangat betul. Fuhh! Seriously, banyak amat sangattt. Saya mengaku, saya sangat meminati nasyid. Saya pernah dicop oleh kawan - kawan sekolah masa di tingkatan satu sebagai peminat tegar nasyid. Saya tidak tahu pada waktu itu, adakah satu kesalahan kalau saya kata sangat meminati nasyid. Kawan - kawan sekolah saya dahulu, ada yang malas layan saya sebabnya, kalau sembang dengan saya asyik nak bernasyid aje. Tak ada lagu lain. (ada setengah) Tapi, alhamdulillah, ada juga sebahagian rakan yang lain, apabila saya mainkan lagu berunsurkan Islamik, mereka tertarik untuk dengar lagi dan dengar lagi :) Rasa sangat kelakar masa zaman dulu - dulu, pernah bergaduh dengan kawan sebab berlumba siapa beli kaset nasyid dulu *dulu kaset.. Tak nak kawan lah selepas itu. Adoyyy, amat terserlah kebudakan - budakannya. Dulu, kalau ada sahaja dengar konsert nasyid yang diadakan di sekitar tempat saya, saya dan family tidak akan melepaskan peluang untuk pergi. Then, nak tandatangan segala bagai. (opsss, semua ini ketika di bawah umur. Last simpan tandatangan ahli kumpulan nasyid, masa Tingkatan 1, rasa sangat jahil. Insafnya T_T ) Jika disusuli sejarah nasyid dengan lebih mendalam, nasyid sebenarnya pada zaman dahulu berentak padang pasir. Misalnya, kumpulan nasyid zaman mak ayah kita dahulu ataupun mungkin zaman nenek, opah, tokwan atau atuk kita dahulu. Kita dengar nasyid dulu - dulu, rasa macam "Wahhh, lagu dia. Lembutnya.. Memang untuk tidur." (saya yang rasa seperti itu ketika masih kanak - kanak)

Pernah juga ditanya oleh seorang rakan, "Kenapa suka sangat nasyid eh?" Saya menjawab, "Entahla, dengan saya mendengar nasyid, saya rasa tenang. Rasa macam sangat calm. Sangat tidak boleh diungkap dengan kata - kata di bibir. Tak adalah macam lagu - lagu lain yang banyaknya menyakitkan telinga, nyanyi macam tidah mahu menyanyi, serabut dengar." Astaghfirullah

Semoga kita semua jelas tentang unsur yang dibawa oleh penasyid. Especially, liriknya bagaimana. Adakah sekadar khayal sahaja, sehingga tiada yang terkesan di jiwa.. Salah juga kalau kita kata, kita sangat meminati nasyid, tapi perangai kita sama sahaja macam sebelum ini. Maksudnya, kita dengar nasyid hanya sekadar, suka - suka sehinggakan, lirik nasyid itu membuatkan kita tidak merasakan apa - apa ketika mendengarnya. Naudzubillah. Kita sangat mahukan, hati kita ini sentiasa terbuka luas untuk mendengar, menerima atau mendapat jentikan yang sangattt masyaAllah. Banyakkan berdoa, semoga setiapa amalan kita ini, memang segalanya hanya berbalik kepada Allah. Dengan bait - bait atau ungkapan lirik nasyid itu sendiri, dapat menjentik hati kita untuk membuahkan amal yang ke arah mardhatillah. Tiada yang lain, segalanya untuk Allah.

Sometimes, kita dengar ada orang menyatakan nasyid ialah hiburan alternatif. Salahhhhh sangatttttt !! Alternatif? Apa yang kita tahu tentang alternatif? Alternatif maksud lebih kurang macam pendua, bila kita sudah tiada jalan lain. Lagu berunsurkan keislaman, yang mengingatkan kita kepada Allah ini hendak dijadikan cara kedua? No, no. A big NO! Nasyid ialah hiburan utama. Bukanlah saya ingin mengatakan nasyid ini hiburan yang melalaikan. Tidak sama sekali! Kita kena sedar, nasyid adalah salah satu cara untuk sentiasa mengingatkan kita kepada Sang Pencipta, Rabbul 'Izzati.

Al - Quran ialah makanan rohani kita. Bila asyik dengar nasyid sahaja, tetapi ayat al - quran lupa, al - quran pun tak baca, macam mana? Hohoho. Memang kesilapan besar atas diri kita. Semoga kita berada dalam orang - orang yang sentiasa mengingati Allah tidak kira pada waktu susah, senang, tua, muda, siang atau malam. Hanya Allah di hati.
                                                                                             

-Maaf, banyak kisah ketika masih jahil.
Berubah untuk lebih matang, biidznillah-

No comments:

Post a Comment