Sunday, April 22, 2012

Mereka hadiah terbaik untukku

Bismillah.

Sempena ulangtahun mama dan ayah yang sepatutnya 9 April yang lepas, saya merasakan sangat bersalah. Patutlah dalam bulan April ini, saya merasakan ada yang sesuatu tidak kena. Nak kata hari jadi seseorang, sudah disave dalam kalendar handphone. Rupa - rupanya, saya telah terlewat mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan Mama dan Ayah saya yang ke - 20 tahun. Subhanallah

kek ni tahun lepas

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah. Tiada lafaz yang dapat saya ucapkan selain Alhamdulillah. Berkat kesabaran mama dan ayah mendidik saya dan adik - adik, sehingga kini. Saya bangga menjadi anak kepada mereka.

Mama : Seorang yang sangat cantik dan hebat masak. Seriously! Kawan mama sering mengatakan begitu. Tidak kiralah kenalan di luar atau rakan sejawat mama di sekolah. Ditambah dengan adik - beradik mama yang turut mengakuinya. Mama sering mengingatkan kami yang perempuan untuk rajin dan pandai memasak. Mama suka memasak. Pada waktu kerja, biasanya mama akan cuba untuk memasak pada malam hari. Apa - apa pun, mama akan tetap memasak walaupun sesimple mana pun masakan tersebut. Tegas dan suka membaca tidak kiralah apa - apa jenis bahan bacaan. Tidak malu untuk mengatakan, "Ini salah, itu betul". Hebat membuat keputusan. Lembut ketika mengajar, tetapi tegas di rumah :) Kata ayah, "Mama ni, walaupun seorang Teacher, ramai cikgu yakni rakan sejawatnya tetap merujuk hal - hal agama pada mama. Ramai orang kagum dengan mama di sekolah." Ya, saya mengaku. Di sekolah, (mama saya mengajar di sekolah Inggeris) ustazah hanya dua orang. Mama saya bukan ustazah. Tapi, ramai orang ingat mama saya ustazah. MasyaAllah. Demi kami, mama sanggup bangun bertahajjud lebih - lebih apabila salah seorang daripada kami menghadapi exam besar. Sinar di muka mama sentiasa kelihatan. Saya sendiri tidak tahu bila waktunya mama letih atau sedih. Akan tetapi, kalau mama letih pulang dari sekolah, mama akan terus tidur. Mama juga mejadi kebanggaan dalam keluarga, banyak bantu keluarga. Mama juga sentiasa sibuk, ke sana, ke mari. Demi dakwah dan tarbiyyah, serta tarbiyyah kami anak - anak terjaga, mama sering menasihati kami supaya menjaga perilaku sopan, tidak meninggalkan solat jemaah dan hormat orang yang lebih tua. Mama juga merupakan murabbiah pertama saya. 

Ayah : Cukup peramah, tenang dan handsome. Pergilah negeri mana sekalipun, ada sahaja kawannya. MasyaAllah, ayah sangat suka menegaskan kepada kami adik - beradik dalam mencari kawan, "Teman biar seribu, musuh jangan sekali." Mama pernah menasihati kami supaya menjaga akhlak, jaga nama baik keluarga kerana ayah mempunyai ramai kawan. Alhamdulillah. Petah berkata - kata, baik, romantik dan kelakar orangnya. Pada zaman kanak - kanak (bawah umur 12 tahun), ada sahaja lagunya, atau nasyidnya atau kata - katanya untuk mengejutkan kami dari tidur untuk solat Subuh berjemaah. Ayah cukup suka mengingatkan kami tentang sikap tidak mementingkan diri sendiri. Untuk membuat sesuatu perkara, buat bersama - sama. Dalam pada masa yang sama, ingat orang lain tidak kira di waktu susah atau senang. Suka membaca. Kadang - kadang, saya minta ayah saya untuk ceritakan apa - apa bahan yang telah dibacanya apabila saya malas membaca. opss* Setiap hari ayah sibuk dengan kerjanya, tarbiyyah kami anak - anak, tarbiyyah diri ayah juga dan dakwah. Kejap ke sana, kejap ke mari. 'Siangnya seorang peniaga, malamnya seorang murabbi dan sepanjang harinya seorang daei.' Tapi, demi kami anak - anak ayah, ayah tetap tersenyum apabila pulang ke rumah. Walaupun sesibuk mana pun, ayah akan cuba meluangkan masa bersama kami sama ada membawa kami rehlah bersama atau pulang ke kampung. Kalau rehlah bersama keluarga, ayah sangat menitikberatkan tentang niat, kenapa itu dan kenapa tidak begini. Semua adalah untuk menggapai redha Allah. Ayah sering berkata, "Ayah ingat, anak - anak ayah budak - budak lagi, kecil - kecil, sedangkan semua dah besar - besar." 

mama dan ayah saya :)

Alhamdulillah, alhamdulillah. Mereka suri teladan saya yang dikagumi dari segi D&T selepas Asy - Syahid Imam Hassan Al - Banna. Tiada lafaz yang dapat saya ungkapkan lagi selain syukur padaMu Ya Rabb. Sayang mereka kerana Allah :)

اللهم اغفرلى ذنوبى و لوالدي وارحم هما كما ربيانى صغيرا

mood = rindu keluarga.
nak balik cepat.

4 comments:

  1. selamat ulang tahun jugak yer nad kat ayah dan mama awak ,,
    dyowang baek sgt :))

    ReplyDelete
  2. uhuk2! #batuk extreme#
    Selamat ulangtahun 'anniversary' untuk mama ngan ayah awk.
    Nad bila lagi? *mata kelip-kelip* eheh~

    ReplyDelete