Sunday, April 15, 2012

Masa, mari manfaatkan bersama!

Alhamdulillah, satu exam dah lepas. Subjek Nasar Qadim (Prosa Tradisional). Kalau semakin nak menghadapi exam subjek ini, saya akan mengambil keputusan untuk tidak berada di rumah. Maksudnya, akan tidur di rumah kakak senior bagi memudahkan saya belajar kalau saya tak faham. Sedikit sebanyak, sangat membantu saya. *kakak - kakak rumah tu dahla baik - baik pula. Masa di rumah kakak senior, dimanfaatkan betul - betul di samping menjaga niat kerana apa saya belajar, takut - takut hanya untuk exam sahaja. Hukhuk. Walaupun ketika berada di rumah yang bukan rumah saya, saya rasa macam rumah saya. Sebabnya, kami tetap buat perkara bersama - sama. Makan bersama - sama, solat bersama - sama dan masak bersama - sama. Setiap detik yang berjalan digunakan sebaik - baiknya dalam menggapai kerdhaan Allah, Ameen.

Tersangat gembira pada minggu ini kerana merasakan cuti saya sangat terisi. Yeay, Alhamdulillah. Hari Khamis petang selepas lecture tamat, sempat pergi jumpa syeikhah untuk mendengar sedikit pengisian. Keesokan pagi yakni hari Jumaat sempat bersenam walaupun tidak lama. Pada petangnya, sempat membuat 'donut kasih sayang'. Membuat donut yang saya rasakan sangat sedap dan gebu, ditambah dengan coklat di atasnya. MasyaAllah, lazizun jiddan (sangat sedap). Akan tetapi, donut - donut ini untuk dijual di asrama pelajar perempuan Universiti Yarmouk. (T.T) dapat juga merasai donut, tak perlu sedih sangat Nadirah..


Walaupun saya tidak dapat menyertai sahabat - sahabat yang lain untuk menjual donut kerana perlu mengadakan sedikit perkongsian bersama rakan - rakan di asrama tersebut juga, sahabat - sahabat yang menjual telah menceritakan pengalaman mereka menjual 'donut kasih sayang' tersebut. Dalam mereka menjual, sempat juga mereka berta'aruf sesama ahli asrama. Tak ta'aruf, maka tak cinta. Maklumlah, di universiti kalau berjumpa tidak sempat untuk bersembang lama dan kalau ya pun terjadi, tak lebih dari membincangkan perihal pelajaran masing - masing dan bukan untuk bertanya tentang diri mereka sendiri dengan lebih yakni, tarbiyyah diri, kesihatan dan semua yang melingkupi ruang likup kehidupan mereka sebagai pelajar dan hamba Allah. Kadang - kadang, sempat juga bertanya kesihatan rakan - rakan yang lain jika berjumpa di tengah jalan, akan tetapi hanya sebentar cuma demi kemaslahatan masing - masing. Alhamdulillah, malam Jumaat dirasakan agak lama dan sangat terisi. Kami pulang ke rumah dari asrama lebih kurang jam 2200. Sepanjang perjalanan, (maaf, kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan kaki pulang ke rumah walaupun telah lewat malam. Di sini, kami ada sistem pengawal *muroqib yang dimana sepatutnya ada lelaki untuk menjaga keselamatan kami selepas waktu Isya'. Kalau tahu dek pihak persatuan di sini, kami boleh dimarahi. Dan, aib juga bagi orang Arab di sini, melihat orang perempuan jalan tengah malam.) sempat juga kami bersembang mengenai tarbiyyah diri masing - masing. Setiap saat amat dihiasi dengan perkara - perkara yang sangat mengingatkan diri kami sebagai hamba Allah dan Khalifah selain mengharapkan apa yang telah kami lakukan sebentar tadi dipandang Allah sebagai sebuah amalan yang akan dihitung di akhirat kelak sebagai sebuah amalan yang bukan sia - sia. Ameen Ya Rab.

Wallahuta'alaa'alam.

No comments:

Post a Comment