Thursday, April 5, 2012

Mujahadah. Susah ke Senang?


Susah ke senang? Apa yang kita sedang bermujahadah? Fahamkah erti sebenar mujahadah? Ya, memang fitrah semua orang ada nafsu. Tetapi, sejauh manakah kita melawan nafsu kita? Adakah sekadar sebab orang suruh? Atau sebab di tempat yang baru, kita harus menjadi orang lain dan bermujahadah (dikira macam berpura - pura)?

Iman yang menggerakkan dan menghasilkan amal yang bisa menggocangkan dunia dan niat ikhlas hanya kerana mencari keredhaan Allah semata.
MasyaAllah, lagi kuat iman kita, lagi kuat la syaitan (internal factor) mengganggu gugat hidup kita sehingga kita kalah dalam peperangan kita melawan nafsu. Faktor dalaman sangat mempengaruhi hidup kita. Trust me!

"To earn a place in jannah, one has to fight against the desires of the soul"

Nak masuk syurga kan? :) Kebanyakan orang kita sekarang, suka cakap tak serupa bikin. Boleh ke macam tu sahabat - sahabat? Mujahadah itu perlu. Sesuatu yang disampaikan kepada kita, datang dengan tanggungjawab. Kalau kita kata kita kena jadi yang terbaik, kita harus berusaha untuk menjadi orang yang terbaik. Bukan sekadar manis di mulut, tapi satu amal pun tak buat. Mujahadah apatah lagi, main langgar je semua. No, Islam bukan seperti itu, main redah segala. Fuhh*

Ada satu kisah, di pagi yang sejuk - sejuk panas di sini, erkkk.. Selepas bermain badminton untuk Karnival Sukan Tahunan di sini, ada seorang rakan saya memberi saya keropok. Saya apalagi, memang tanpa segan silu mengambil dan terus memakan keropok tersebut. Rakan saya turut mengajak seorang akak ni untuk makan keropok bersama kami.. Tetapi.. Kakak tersebut menolak dengan baik dan berkata, "Akak baru baca hadis 10 dan akak sedang bermujahadah untuk tidak memakan makanan seperti keropok, makanan - makanan berperasa yang lain." Hoho. Tercampak ana. Nampak tak? Akak tadi sangat bermujahadah dan mengamalkan apa yang dibacanya. Kita pun samalah, harus menjadi seperti akak tadi. InsyaAllah, kalau kita bersungguh - sungguh yakni bermujahadah terhadap nafsu kita, Allah mudahkan dan Allah tolong.

Jadi, apa lagi tunggu? Jom sama - sama koreksi diri untuk bermujahadah. Mungkin sekadar kurangkan dulu apa yang patut. Tidak semestinya dushhh, berhenti terus. No, perlahan, perlahan, sikit - sikit. Sebabnya, diri kita sebagai hamba Allah yang dhaif lagi hina ini, memang tidak lari dari faktor luaran dan dalaman (sangat).
Mujahadah itu perlu dan kita semua kena bermujahadah 'ala nafsi.

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan - perempuan, anak - anak, harta benda yang bertompok emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik."
(3:14)


Harap ini boleh membantu untuk kita bermujahadah :)
PERTAMA : BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.
Perbanyakkanlah zikrullah di samping ucapan dalam hati kita ;
1. Allah menatapku.
2. Allah melihatku.
3. Allah mengawasi.
4. Allah mendengarkanku.
Semakin kita merasa diawasi, semakin diri kita terpelihara.
  
KEDUA : MULAI AWASI DIRI KITA.
Apa yang mesti kita awasi?

1. Suasana hati.

Setiap amal bergantung pada niat. Sehebat apa pun amal, kalau niatnya tidak lurus tidak akan bererti.
  Betulkan niat kita bekerja untuk mencari redha Allah kerana menurut Saidina Ali ra, orang yang bekerja hanya untuk perut, maka darjatnya tidak jauh berbeza dengan yang keluar dari perut tersebut.
Segala-galanya mesti ikhlas kerana Allah.
Jaga dan awasi niat kita samada :
1. Di awal.
2. Di tengah.
3. Di akhir.
Belajarlah berhenti sejenak untuk berfikir sebelum bertindak.

2. Pancaindera.

a. Awasi lisan kita. Sesiapa pun yang pandai menjaga lisannya pasti akan selamat dunia dan akhirat.
Ucapan kita mesti ada ciri-ciri benar, manfaat, tidak menyakiti, tenang, sopan, fasih, akur dan lembut.
1. Jangan melakukan tindakan yang boleh merosakkan suasana sekeliling.
2. Jangan berbual-bual yang boleh membuatkan suasana tidak enak.

b. Awasi pula setiap jelingan mata kerana mata akan mempengaruhi suasana hati. Jika mata tidak terkendali, hati juga akan turut merasai kesannya.

c. Awasi pendengaran kita. Berjuanglah agar telinga tidak dimasuki kata- kata yang kotor, mengumpat, musik-musik maksiat dan sejenisnya.
Sebagaimana mata, pendengaran yang tidak terjaga adalah berpotensi untuk mengotori hati dan merampas kebahagiaan.

3. Perut dan anggota badan lainnya.
Awasi jangan sampai kita menggunakan dan memakan barangan yang haram.

Kalau membeli makanan pastikan kehalalan atau keharamannya. Jika hendak makan di
restoran, lihat apa jenis restorannya. Cuba hindarkan diri dari perkara yang boleh membawa kepada pembaziran.

Awasilah semua yang ada pada diri kita termasuk fikiran kita kerana dengan cara ini insyaAllah hidup kita akan lebih terkawal.
Adalah suatu yang sungguh luar biasa apabila Allah mengawasi kita dan kita pun turut mengawasi diri kita sendiri dan inilah sebenarnya salah satu dari ciri - ciri orang yang bertaqwa.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk merasai bahwa Engkau sentiasa mengawasi setiap apa yang berlaku kepada diri kami termasuklah niat-niat yang halus yang tidak diketahui oleh manusia tetapi diperhatikan dengan teliti olehMu


-sedang bermujahadah untuk kurangkan membeli chocolate T.T
boleh ke macam tu? peace =) 

No comments:

Post a Comment