Friday, August 5, 2016

siapa kita?

Bismillah.

Dakwah dan tarbiyyah.

Perkataan yang sangat 'commonly used' oleh orang - orang yang mengikuti usrah atau halaqah.

Perkara pertama, sejauh mana kita betul - betul merasakan jalan ini semata yang akan membawa kita menuju Allah? Bagaimana kita meletakkan rasa kita yang sentiasa mencari - cari kebaikan dan mahukan syurga Allah?

Tepuk dada. Tanya iman.

Sesungguhnya, kekuatan iman kita yang akan menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu kerana Allah. Semuanya, untuk Allah. Sepatutnya, tiada penghalang atau jalan tengah untuk kita, apabila kita mengaku diri sebagai seorang daei dan mengikuti jalan dakwah. Allahua'alam

Kita sendiri, sosok yang mengakui diri seorang Murobbi, atau Mutarabbi mahupun Qiyadah sendiri, bagaimanakah keadaan iman kita? Semakin banyak dengan tanggungjawab, semakin rasa terbebankah dengan dakwah dan tarbiyah? Masa yang diberikan untuk dakwah dan tarbiah, ikhlaskah? Dengan dunia dakwah sekarang yang makin meluas dan laju, tak lekang dari memerlukan internet untuk bertindak atau membuat keputusan, benar - benar fahamkah kita dengan manisnya jika segala yang kita buat hanya untuk Allah?

Astaghfirullah. Terlalu banyak kekhilafan diri ini sendiri, mahupun yang telah berbaiah dengan dakwah ini. akan bekerja sebaiknya untuk dakwah, tetapi masih terkontang - kanting hidupnya, masa seharian, masih ada perkara sia - sia yang dilakukan.

*******************************************************************

Keberjayaan dakwah kita terletak pada kualiti dan kuantiti. Kualiti seorang daei dari segi amalnya, muwasofatnya, keikhlasannya dalam beramal, Kuantiti dari segi program tajmik yang  dilakukan.

*dalam sibuk seharian dengan aktiviti dakwah dan tarbiah, perlu 'take a break' untuk rehatkan diri dan tenangkan minda. Cuma, bukan rehat selamanya. Peace!*


Wallahua'alam.

Telah diedit semula,
Taiping, 11.45 p.m, 5 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment