Saturday, September 5, 2015

summer break : #keTurkikita

Bismillahi walhamdulillah

Ok, post kali ini bukan berbentuk travelog seorang daei atau apa :D
Sekadar perkongsian mengenai permusafiran saya selama sembilan hari di bumi Al - Fatih. Alhamdulillah

Jaulah saya kali ini hanyalah bersama adik kandung saya, Nadiatul Hanan. Umur muda setahun sahaja dari saya. Orang kata best travel dua orang. Ok, boleh lah. Sempat berjumpa dua orang Malaysia, seorang pakcik dan anak lelakinya. Sempat juga anak lelakinya berkata,
"Berjalan dengan family ke?"
"Tak pun, Berdua sahaja."
"Wah, lagi cool!"

Tak tahu sebab apa dia kata cool. Mungkin sebab dia travel dengan ayah dia sahaja kan ;P

Dengan adik sendiri, memang banyak drama of course. Teman bercanggah pendapat itu biasa. Drama nak buat keputusan.

Perjalanan saya bermula pada 25hb ke Aqaba Airport, Jordan ditemani dua orang sahabat.

Nadia dan Sa'adah
Jadual penerbangan saya pada 26hb 8, jam 0355. Sampai Istanbul Airport sekitar jam 0630, 26 hb 8.
Penerbangan yang hanya mengambil masa dua jam setengah cukup sesuai untuk saya. Cuma jadual penerbangan pada waktu 3.55 pagi tidaklah begitu menarik. Apa apa pun, alhamdulillah. Mengantuk sikit itu biasa. Baru diuji sikit untuk tak boleh tidur, nak merungut pula.

Hari pertama di Istanbul, 26 Ogos
Setelah selesai di lapangan terbang Istanbul, saya terus keluarkan duit di ATM HSBC luar aiport.      Memandangkan duit cash pada tangan memang tiada langsung.


Bermulah perjalanan saya seorang diri ke Pazartekke untuk berjumpa dengan adik saya. Oh ya, sebab adik saya sampai sehari awal dari saya dan dia tinggal di homestay pelajar Malaysia di sana. Maka, saya perlu mencari dia. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat di Istanbul, tidaklah susah. Lebih kurang di Kuala Lumpur. Kita ada LRT dan KTM. Asalkan ada duit atau Istanbulkart, semua boleh insyaAllah.

Drama ketika sampai di homestay adik saya, agak kelakar. Bayangkan, setelah hampir setahun tidak berjumpa. Keadaannya macam.... Banyak betul cerita untuk digosipkan :D

Kami terus bersiap - sedia untuk bergerak ke stesen bus, kerana mengikut jadual perancangan kami, kami akan ke Cappadocia menaiki bas jam 8.30 malam.

Hari kedua di Cappadocia, 27 Ogos
12 jam perjalanan ke Cappadocia dari Istanbul, memang terbaik. Dapat jimat dari segi penginapan, Tidur dalam bas, ada wifi. Ya, wifi itu perlu untuk update segala macam isu atau keadaan. Kiranya, kami sampai Cappadocia pada 7pagi lebih kurang. Sesampainya kami di stesen bas di Cappadocia, to be exact : Nevsehir, kami telah menempah tour guide bagi memudahkan segala perjalanan kami di sana. Susah juga nak berjalan sendiri di Cappadocia.

Kami terus dibawa ke hotel yang telah saya tempah menerusi laman web, Booking.com. Kemudian,
pada jam 9,30 pagi, saya dan adik saya diambil oleh tour guide untuk memulakan perjalanan kami di Urgup, Dalam kumpulan kami ke  Urgup ada dalam kalangan pelbagai negara. Korea itu pasti. Jepun pun ada. Seronok sangat boleh sembang dalam Bahasa Inggeris dan ada juga sikit dalam Bahasa Arab sebab ada pasangan dari Qatar.Hanan seronok sangat nampaknya sebab boleh mempraktikkan Bahasa Korea yang telah dipelajarinya dahulu hanya melaui drama atau movie Korea. Sempat juga bertukar - tukar instagram bersama kawan dari London, Mollie.

Berjalan ke Urgup menarik sangat. Ada kesan - kesan gunung berapi, Senibina peninggalan Kristian sangat terserlah.

Dalam pakej yang kami tempah, termasuk makan tengah hari. Terbaik!

Chicken casserole with grains
sister, Nadiatul Hanan. Ok, obviously adik tinggi dari kakak.
lunch di sini, Restoran Aslan, Urgup

Matianasos Hotel, Goreme.


meatballs with grains

Hari ketiga di Cappadocia, 28 Ogos
Hari terakhir kami di Cappadocia. Menurut Tour Guide, hari ini ke Goreme. Kesan gunung berapi itu pasti, pemandangan semula jadi yang sangat Subhanallah. Memang sangat terpegun dengan keindahan bukit bukau di sana. Pada waku kami datang, tiada Hot Air Balloon, sebab cuaca yang agak tidak elok.

Kami juga dibawa ke tempat membuat ceramics. MasyaAllah, hebat sangat reka bentuk yang mereka buat. Kalau di Malaysia, di Kuala Kangsar terutamanya, ada pembuatan labu sayong. Jika di Goreme ini, ada kilang membuat ceramics. Chez Galip pemilik kilang tersebut, dan namanya sahaja tercatat sebanyak dua kali dalam Guinness World Records.

imaginary garden. unta di belakang, bayangkan



boleh pegang sahaja,beli tak mampu
lunch
Alhamdulillah, seharian berjalan. Bersedia untuk ke Istanbul pada jam 8.30 malam dari Goreme.

Hari keempat di Istanbul, 29 Ogos
Istanbul, kami datang!
Jadi, selepas selesai di Cappadocia, lima malam di Istanbul. Yes, Istanbul bandar metropolitan. Bukan ibu negara pun. Ibu negara Turki ialah Ankara. Tetapi Istanbul seems to be more famous than Ankara. Sebab? Sebab Istanbul banyak bandar bersejarah. Lebih lebih di Sultan Ahmet (Topkapi Palace, Basilica Cistern, Hagia Sophia dan Masjid Biru)

Apartment yang saya book juga melalui Booking.com berada di Sultan Ahmet. Saya memang berhajat untuk tempah di Sultan Ahmet memandangkan banyak tempat untuk dilawati adalah sekitar Sultan Ahmet sahaja.(Topkapi Palace, Basilica Cistern, Hagia Sophia dan Masjid Biru)

Har pertama kami bermula selepas Asar. Hanya berjalan sekitar Taman Sultan Ahmet dan ke Suleymaniye Camii (Masjid Suleymaniye). Bahasa Turki, Camii adalah masjid, manakala masjid ialah surau.

suleymaniye camii


depan apartment, Ezgi Aparments.

Hari kelima di Istanbul, 30 Ogos
Drama sedih sikit sebab duit makin berkurang dan kad bank saya tiba - tiba tidak boleh digunakan di kebanyakan mesin ATM di Istanbul. Makanya, kami hanya berjalan di sekitar Masjid Biru dan solat di situ. Duit ketika itu hanya tinggal 20 TL. Lebih kurang RM28. Ya, kami tersalah bajet sedikit yang menyebabkan duit berkurang agak cepat. Heh

Di Masjid Biru, saya dan adik sempat berkenalan dengan pasangan (pakcik dan makcik) dari Gombak. Rupa - rupanya, ikhwah dan akhawat juga. Memang dapat cam dari gaya Makcik ketika kami bersembang bersama. Lantas, serta merta kami menanyakan makcik ada sertai apa - apa NGO ke di Malaysia dan ternyata benar sangkaan kami.

Semangat kami bersembang, sefikrah katanya. Mereka singgah sekejap di Istanbul sebelum berlepas ke Scotland pada malam hari yang sama, atas urusan kerja. Saya kenal pakcik tersebut, antara orang terkaya dalam IKRAM. MasyaAllah.


Masjid Biru


Hari keenam di Istanbul, 31 Ogos
Memulakan hari kami dengan meminta pertolongan dari seorang kenalan saya di sana. Mama dan ayah telah memasukkan duit kedalam akaun
seorang kakak yang telah menyediakan homestay pada adik saya ketika hari pertama dia sampai. Alhamdulillah, saya dan adik saya ada duit untuk berjalan dan menghabiskan lagi masa berbaki di Istanbul. Rasa bersyukur sangat apabila Allah mudahkan dan kebergantungan kami pada Allah pada semalamnya sangat kuat. Tiada duit, tapi mahu berjalan.

Apa lagi, setelah ada duit. Adik saya merengek, "Kakak, orang lapar. Nak makan daging."

Kasihannya lahai adik seorang ini. Sarapan dan dinner basically dekat hotel. Mama sempat juga memberi bekalan dari Malaysia kepada Hanan. Brahim's adalah bekalan terbaik semasa travel sejak zaman 80-an lagi, serunding bersama tortilla wrap. Alhamdulillah.

Setelah kenyang makan tengah hari, kami berbelanja sedikit buah tangan untuk dibawa pulang di Grand Bazaar.

Grand Bazaar, besar sangatttt

aiskrim coklat dan vanilla. sedap!
Hari ketujuh di Istanbul, 1 September
Hari ini kami berjalan bersama sahabat yang kami kenal sejak kecil. Zaman program aulad (Baca : kanak - kanak) sehingga remaja.

Journey bermula pada jam 9.30 pagi. Dengan menggunakan, Museum kart (85TL) Bermula di Hagia Sophia, kemudian Basilica Cistern, Turkish Islamic Museum, Spice Bazaar. Lunch di Eminonu, makan Balik Ekmek. (Baca : Roti Ikan)

Oh ya, barang di Spice Bazaar lebih murah berbanding Grand Bazaar.

dalam Hagia Sophia.
Bersama Farhah Alwani, a.k.a Kak Teh, childhood friend.
ayah suka Hagia Sophia menyebabkan kami juga begitu teruja untuk melawat
background : Hagia Sophia

akhawat Jordan di mana - mana

Eminonu
Sultanahmet Park
Museum of Turkish and Islamic Arts
Hagia Sophia

Besar sangat karpetnya (Museum of Turkish and Islamic Arts)
Spice Bazaar
Balik Ekmek, ya Allah, sedap sangat :)
nasi ayam turki kah?
Setelah selesai berjalan dan membeli belah di Spice Bazaar, kami juga sempat berkunjung ke Findikzade, apa yang ada? Well, orang Malaysia kita ada sebuah kedai tudung Turki di sana. Harganya yang sangat murah sebab pemilik kedai tersebut dapat dari pemborong terus dari kilang. 




Hari kelapan di Istanbul, 2 September
Ke Topkapi Palace, Archaelogical Museum dan Spice Bazaar sekali lagi. Lunch di Gulhane.

Boleh baca sejarah Istana Topkapi yang dibina pada zaman kegemilangan Islam, Sultan Muhammad Al - Fatih. Kagum dengan senibina istana tersebut, sangat tersergam indah.

Tempat terakhir ialah Taksim Square. Untuk pelancong atau pengunjung yang suka barang berjenama dan berpatutan harganya ketika 'sale', Istiklal Street is a-must-place to be visited. Taksim Square di Istiklal Street.


Senibina dalam Istana Topkapi





Taksim Square

Hari kesembilan di Istanbul, 3 September
Hari terakhir nampaknya. Hanya berjalan sekali lagi di Spice Bazaar bagi membeli sedikit lagi cenderahati kepada setiap orang yang sepatutnya di Malaysia setelah kira - kira semula :D

Jadual penerbangan Hanan awal sehari dari saya. Berlepas pada 7.25 p.m hari yang sama. Manakala saya, 12.55 a.m pada 4haribulan. Kiranya, lama juga masa yang saya ambil untuk tunggu flight saya pula hanya di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul. Asalkan selamat dan selesa, saya mengambil keputusan untuk hanya berehat di surau airport.

Bertemu adik di Istanbul, berpisah juga di Istanbul. Tak sedih pun. Nadirah kan cool? :p

sempat lagi makan Balik Ekmek sebelum ke airport



Apa lagi yang best ya di Turki?

Oh ya, Aiskrim! Perasa kacang pistachio bersama susu kambing memang terbaik.Tiga hari makan aiskrim di Istanbul, adalah kenangan yang sangat indah. Alhamdulillah.

Hanan sempat juga cakap, "Kakak, orang rasa orang boleh je survive dekat Turki dengan makanan dia."

1 Turkish Lera (TL) bersamaan RM 1.43. Tidak berbeza sangat dengan nilai Malaysia, agak berbaloi juga untuk berjalan di Turki. Tapi tetap kena berjimat dan bijak untuk membuat bajet yang baik.

Begitulah ceritanya. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mama dan ayah pastinya, sebab menghantar Hanan sebagai hadiah saya kira, walaupun tak dapat balik Malaysia tahun ini.

Tidak mengapa, susunan Allah itu sentiasa yang terbaik dan ada hikmahnya. Cuma kita perlu banyak bersangka baik pada Allah.

Bila sudah sampai Jordan ini, apa lagi? Kembali berjuang untuk menghabiskan masa berbaki. Lebih kurang lima bulan dari sekarang.

*********************************************************************************

Sudah berlalu masa tidur dan rehatmu Nadirah. In fact, dekat Turki pun bila tak dapat internet, bila tiba hotel atau tempat yang ada wifi, punya banyak whatsapp masuk. Tidak semua yang berbalas, sekadar baca. Balas yang betul - betul penting walaupun rasanya semua penting. Bila tiada di Jordan banyak pula hal dan isu yang perlu diselesaikan yang memang tanggungjawab saya untuk selesaikan. Kecelaruan maklumat pun ada, perkara terbatal tiba - tiba. Astaghfirullah.

Semoga Allah terus memberikan kita kekuatan untuk menghadapi hari - hari mendatang dengan berbekalkan semangat iman dan taqwa.

Wassalam

1 comment:

  1. Assalam..nk tnya, harga tudung di findikzade tu, around brape lira ye?☺

    ReplyDelete