Tuesday, September 8, 2015

إذا لم تفهم كلام الله , لماذا تعيش؟

Bismillah.

إذا لم تفهم كلام الله , لماذا تعيش؟ 

Jika kamu tak faham kata - kata Allah, kenapa kamu hidup?

Serius terkesan dengan kata - kata seorang pensyarah Bahasa Arab di Universiti Malaya. Beliau orang Arab. 

Perasaan saya bila dengan ayat tersebut, seolah - olah batu besar menghempap atas kepala. Ok, ini over. Tapi, saya serius terasa berat. Lebih - lebih lagi saya pelajar jurusan Bahasa Arab dan kesusasteraan. 

Bagaimana jika kata kita hidup sekarang ini, seorang muslim yang katanya hidup untuk islam, besar matlamatnya, tapi ayat - ayat Allah masih lagi kita tidak faham. Lebih malang lagi jika kita masih main - main dengan kata - kata Allah. Nauzubillah

Harap kita tidak tergolong dalam orang yang banyak bercakap, tapi tidak beramal. Jadilah orang yang banyak beramal dari banyak berkata - kata kosong.

*********************************************************************************

Projek cuti musim panas :

Terjemah video Emad Aqel Estawrah untuk dua episod sahaja.

Fuhh. 
Semoga bertabah untuk mendengar dan menonton semua episod.

Kobarkan semangat!
Seutuh semangat para sahabat di medan perang insyaAllah
Jom itqan dalam belajar Bahasa Al - Quran untuk kita faham Al - Quran dan juga As - Sunnah


Kabus pasir di luar jendela,
Bayt Inqaz,
Irbid
8 September 2015


No comments:

Post a Comment