Friday, September 11, 2015

Makan untuk sihat

Bismillah.

Hobi saya bukanlah memasak. Itu pasti. Tetapi, kalau semangat untuk masak untuk datang, alhamdulillah. Bukan senanglah sebenarnya. Sebab diri ini suka membandingkan masakan sendiri dengan masakan mama. Mesti nak sama rasa macam mama sendiri masak ke, baru puas hati :D
Tapi hakikatnya memang tidak akan sama. Masakan emak sendiri tetap yang terbaik, kan?

Apa - apa pun, saya suka mencuba. Masalah juga bila saya suka 'baking' atau masak, tapi tak suka makan sangat pun hasil yang saya buat. Seronok tengok sahabat atau kawan - kawan lain yang makan. Kalau sudah siap, akan ajak kawan yang makan. Tambahan jika di Malaysia ada adik - adik yang boleh makankan. Kalau tak jadi pun, mereka redha sahaja untuk makan :D

Kini, lebih - lebih waktu cuti yang panjang, boleh terlajak masa atau tersibuk dengan resipi - resipi yang ada dalam youtube atau mana - mana laman web. Seronok kalau dapat tengok resipi yang sihat. Contohnya, kurang gula, kurang minyak atau mentega, kurang tepung. Perasaan lebih seronok sebab dapat menghasilkan makanan yang agak sihat. Selagi boleh kurangkan apa yang patut, saya akan cuba kurangkan. Am I that fussy?

Bila bercakap soal makanan, mungkin orang akan nampak saya sedikit cerewet. Tapi bukan semua orang kena cerewet dalam pemilihan makanan ke kalau untuk sihat? Makan ala kadar sahaja cukuplah.
Jadi, saya suka tanamkan dalam diri makan untuk sihat. Bukan sebab diet. Lagipun, diet tetap kena makan kan? Cuma perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kurangkan kalori.

Ya, bila sihat kan senang untuk beribadah. Itu pasti! Mukmin yang sihat dan kuat itu kan lebih baik dari mukmin yang lemah.

Smile :)
projek bersama dua orang sahabat lagi. Keropok lekor warisan terengganu :p
my all time favourite drink - avocado milkshake. Avocado is the best healthy fruit!
banana split kah?
choc cake, sugarless and eggless
kalori tinggi sikit sebab guna biskut oreo. oreo ice cream cake

Gambar biasa sahaja.
Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment