Monday, July 13, 2015

sabar dan mujahadah di bulan Ramadhan

Bismillah.

Sangat tepat bila cakap pasal sabar dan mujahadah lebih - lebih pada bulan yang mulia, bulan Ramadhan.

Sabar, sabar dan sabar. Syurga itu kan manis? Disediakan untuk orang yang sabar. Ayat kegemaran, "Sabar Nadirah, menunggu ialah masa awak dengan Allah."

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
_______________________________________________________________________________

Baru - baru ini,  k****** bersama rakan - rakan arab yang lain. Ya, pertama kali sertai k****** bersama akhawat Arab yang lain. Perasaan? Teruja, insaf, tersentuh, mujahadah.

1. Gerak pukul 5.30 p.m. Perjalanan untuk kesana yang memakan masa sejam setengah ditambah dengan sesat dekat kawasan kampung mana, yang tidak dikenalpasti langsung. Disebabkan drive sendiri, tidak hairanlah sesat di negara orang kan? Last minute baru terfikir untuk minta gps pada team k******.

2. Sesudah sampai, (sekitar pukul 7.00 p.m.) handphone of course kena beri pada pic. Sahabat yang lain sangat mengalukan kedatangan kami, as Malaysians, minoriti dekat situ. Yang menariknya, setiap kali k****** akan dapat satu syiar, dan syiar itu dibuat dalam bentuk hadiah. Misalnya, last time, dapat sebentuk kunci yang bersaiz besar yang diperbuat daripada kayu, Syiarnya ialah, dengan kunci ini kita akan kembalikan Al - Aqsa yang mulia dan tertulis ayat pada kunci tersebut. Allahu, menarik sangat.

3. Selesai tadarus, zikir, berbuka ringan, solat dan kemudian berbuka dengan juadah yang lebih banyak, taaruf.  Taaruf dengan k******mates :) Kebanyakannya pelajar jurusan profesional. MasyaAllah

4. Tarawih, kemudian ada sedikit pengisian dari sheikhah. Sehingga pukul 12.30pg. Selepas pukul 12.30, sambung solat. Setelah beberapa rakaat, tadabbur Surah Al - Israa'. Bertepatan dengan tema untuk 'Kembalikan Al - Aqsa.'

5. Sambung witr, sahur dan terus solat subuh.

Apa yang ingin disampaikan ialah, mujahadah untuk tidak tidur sepanjang k******. Ok, orang Arab biasa untuk tak tidur. Tapi, bukan untuk orang Malaysia yang kita sendiri tahu, asyik tersengguk dalam kelas atau dalam apa - apa pengisian sedang berjalan contohnya. Walaupun dihidangkan kopi untuk kesegaran but not for me, tak ambil kopi tetap tak jadi juga. Sesungguhnya, orang Arab sangat kuat dan sentiasa bertenaga, percayalah.

Refleksi diri untuk terus bersabar dan bermujahadah. Mungkin kena belajar dari orang Arab untuk kekal bertenaga dan kuat. Peace!

Wassalam

macam tak sangka diri buat poster kanak - kanak macam ini.
selamat beramal!

Moment yang kelakar 
bila pulang sesudah subuh,
tempat tersebut
 rupa - rupanya hanyalah 
15minit dari kawasan 
komuniti pelajar Malaysia. 
Nampak tak berapa lama kami sesat?
Astaghfirullah
-26 Ramadhan 1436-

2 comments: