اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِين
Sesungguhnya urusan kita difahami atas dua permasalahan : Melihat kebenaran dan Allah mengurniakan kita rezeki mengikut kebenaran
-Umar Al Tilmisani-
Baru tersedar yang tahun ini tahun terakhir menyambut bulan Ramadhan di bumi barakah, bumi Jordan. Yes, Jordan ataupun sebenarnya, "There is no Jordan, but there is Bumi Syam."
Allahu. Diri ini merasakan cepat sangat masa berlalu. Semalam baru berbuka puasa dengan ibu - ibu tunggal Syria bersama anak - anak mereka. Peluang seperti ini, saya anggap tidak akan dapat dirasai lagi di Malaysia nanti.
Tarawih di sini, suasana Ramadhan yang pastinya berbeza dengan Malaysia. Mungkin di Malaysia, 10 malam terakhir sibuk menyiapkan persediaan untuk raya. Jordan? Mestilah orang Malaysia dekat sini tiada bazar atau jualan pakaian murah, hanya untuk disibukkan dengan hal - hal material ehem
Tidak mahu mengulas panjang

Maka, andai tahun ini adalah Ramadhan terakhir untuk saya, makanya 10 hari yang tinggal kini perlu ada keazaman yang lebih. Beramal seolah akan mati esok hari :'(
10 malam terakhir untuk mencari ruh yang hidup, hati yang khusyuk sehingga terus tsabat ke akhirnya, bukan hanya pada malam terakhir.
Selamat memburu lailatul qadr.
20 Ramadhan 1436
7.38p.m.
Irbid, Jordan
No comments:
Post a Comment