Friday, October 4, 2013

Voice out 2.0

Bismillah.

Di kala ini, tak pandai nak terangkan atau cerita keadaan diri sendiri yang shabby dowdy ni, pada orang lain. Kalau orang tanya, "Awak macam mana hari ni?" Jawapan saya semuanya, "Ok." Okay tu perkataan yang sangat abstrak. Meliputi semua perkara dan mungkin kadang - kadang buatkan orang tak tahu kita 'ok' yang bagaimana.

Bukan mudah untuk sejahtera dalam setiap perkara. Nak selesaikan masalah yang memang semua orang ada masalah. Allah memang beri ujian pada setiap hambaNya agar lebih dekat pada Dia. Yes, bingo!

Kita perlu banyak bekerja daripada banyak bercakap. Emosi, perasaan segala memang kadang - kadang diuji. Dan pada saat itu, sejauh mana kebergantungan kita pada Allah akan buat kita lebih 'ok'.

Tiada seorang pun akan faham apa yang kita rasa kalau kita cuba untuk cerita pada mereka. Walaupun, semua orang ada perasaan yang pelbagai untuk dikongsi bersama, tetap ada sesuatu yang lain. Yang lain itulah sukar untuk diungkapkan dengan kata - kata yang membuatkan kita rasa, 'Ya, life is a long road with no visible end. Be strong. Don't be sad. Everything will be ok.' Hingga akhirnya, mengadu pada Allah dengan penuh kesyahduan. Allah :(

Indeed, I'm not strong enough.
Ok then,
Wassalam

2 comments:

  1. fuyooo damsel in distress rupanya member sorg ni. apa cerita nad? :p

    ReplyDelete