Saturday, July 20, 2013

Ramadhan di negara orang

Bismillah.

Unbelievable kan? Tahun ini berpuasa di negara orang. Tanpa keluarga disisi. :'( sob sob

 Tapi, Alhamdulillah, saya dapat rasakan sesuatu kelainan di Malaysia dan di sini. Benarlah, tidak yang satu ni, Allah beri kita yang lain yang mungkin kadang - kadang kita tidak sedar itu yang terbaik sebenarnya. (Baca : Al-Baqarah 216)

Tarawih di sini sangat berbeza dengan Malaysia. Doa dibacakan pada solat sunat witr, iaitu pada rakaat terakhir. Yang meruntun hati jiwa adalah apabila imam membacakan doa. Ya Allah, sangat best apabila dapat faham dan sangat terasa keterikatan antara kami dalam satu saff yang sangat rapat. Semua orang sama - sama mendoakan, pengumpulan hati - hati yang hadir meminta pada Al- Khaliq. Di Malaysia, setiap kali lepas 4 rakaat, akan baca doa. Negara Arab doa pada solat witrnya sahaja. So, kalau dah tak doa, apa yang mereka buat pada masa yang terluang tersebut sementara tunggu rakaat seterusnya? Haaaa.. Ada masa terluang dalam 5-10 minit untuk tazkirah, atau berehat sebentar, atau hidang manisan sambil dengar tazkirah atau boleh jadi juga diadakan kuiz. Contoh kuiz boleh jadi "Apakah surah yang telah dibacakan oleh imam sebentar tadi?" Comel sangat. (Ini sangat perempuan, tidak boleh lari daripada menggunakan perkataan comel, eheh)  Subhanallah. Sangat terisi setiap masa di sini, Alhamdulillah. Frankly speaking, masa puasa lagi lama dari masa yang tak puasa. Malam di rasakan sangat sekejap.

 Kalau di universiti, di kuliah saya sendiri, Kuliah Adab (Baca : Arts), yang sebelum ini kalau pelajar lelaki yang suka lepak di tepi - tepi tangga dengar muzik pelik - pelik. Then, in this holy month, mereka boleh sama - sama dengar ayat quran melalui handphone (loudspeaker) mereka sambil tasbih tak lekang dari tangan mereka. Masya Allah. Walaupun kadang - kadang, saya sendiri selalu tidak puas hati, 'Kenapa orang Arab macam ini, tak macam sahabat - sahabat pun.' Tiada ke orang arab yang baik. Well, face the truth Nadirah. What do you expect? What do you expect from Allah huh? Ok, expect the best from Allah. Baru hati menjadi tenang insyaAllah. Ada yang baik :)



Besides, first time puasa dengan kawan - kawan. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama untuk sama - sama mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini. Tidak kiralah di rumah sendiri hatta di luar rumah. Masing - masing ada mujahadah sendiri di bulan yang mulia ini. Semua orang nak sangat tingkatkan amalan pada bulan Ramadhan ini, dan sangat berharap agar istiqamah hingga ke akhirnya, Ameen.

Alhamdulillah 'ala kulli haalin
Wa astaghfirullah min kulli dzanbin

Irbid, 12 Ramadhan 1434

2 comments: