3hb 8, menjejakkan kaki pulang beraya di Malaysia ini. Alhamdulillah. This means, hampir 3minggu bercuti. Bersama keluarga tersayang kan pernah homesick sebelum ini, Berjumpa kawan - kawan dan guru - guru di sekolah. Such a wonderful moment apabila dapat ke sekolah dengan seorang sahabat saya, berjumpa dengan guru - guru yang pernah mengajar saya dari tingkatan 1 - 5 ('06 - '10) Saya seolah - olah mendapat semangat baru dari setiap guru yang saya temui.
"Nadirah, belajar rajin - rajin. Biasalah stress atau tension sebab belajar, tapi jangan putus semangat." (Ayatnya tidaklah macam itu, tapi maknanya lebih kurang :D) Memang sangat seronok, terharu, rindu, dan entahlah, segala perasaan yang bercampur baur datang apabila melihat bangunan sekolah. Benarlah, zaman sekolah menengah, lebih - lebih masa tingkatan 4 - 5 sangat menarik, dan yess, I admit it :)
Allah, sungguh masa tidak akan berpatah balik |
Walaupun sudah tiga tahun meninggalkan sekolah, kenangan di sekolah mungkin susah untuk dilupakan.
In school, we learn the lessons before we take the test. But in life, we take the test before we learn the lessons. -quoted-
Sekolah banyak mengajar diri ini setelah bangun dari lena yang lama. Benarlah, segalanya bermula dengan tarbiyyah. Tidak kiralah tarbiyyah bil ahdats ataupun bil manhaj. Segalanya tarbiyyah.Tarbiyyah di sekolah, guru - guru, kawan - kawan. Kan best kalau setiap perkara dalam hidup kita sekarang ini, tidak kiralah pelajar ke, doktor, jurutera, peguam atau sebagainya, selagi kita mengaku kita ini 'abid dan khalifah, sepatutnya kita tak lari dari memandang sesuatu atau belajar sesuatu melalui kaca mata tarbiyyah. Tarbiyyah, tarbiyyah, tarbiyyah :D
Dan alhamdulillah, kini saya belajar di negara yang telah mengajar saya untuk memandang sesuatu dari kaca mata tarbiyyah. Allah mentakdirkan saya ke sana untuk saya lebih kenal Dia.
Last but not least, terasa banyak dugaan yang sangat menguji iman. Mutabaah amal dan tarbiyyah dzatiyyah wajib dimuhasabah setiap hari :'(
Bukan katakan, "Aku futur. Tetapi tanya iman, mahu tsabatkan aku?"
-Ukhti N-
Perak, Malaysia
14 Syawal 1434
No comments:
Post a Comment