Friday, May 4, 2012

Program Anak Negeri Perak di Jordan, Yeayyy!

"Nadirah, awak orang Perak kan? Jadi setiausaha untuk program Perak nanti boleh?" tanya seorang kakak.
"InsyaAllah boleh aje." jawab saya.

Berdasarkan dialog di atas, kini saya sedikit sibuk menguruskan program Annual Grand Meeting bagi Badan Kebajikan Anak Perak Jordan. InsyaAllah, Sabtu ini, 5 Mei, akan berlangsungnya program tersebut.

Apa yang ingin saya ceritakan ialah, banyak yang telah saya pelajari dalam mengendalikan satu majlis yang agak 'grand' saya kira. Sebuah pengalaman yang menarik. Sangat manis apabila teringat bagaimana bekerja bersama - sama pelajar lain yang asal dari Perak juga (ate teman rase best beno ha!) *Opss. Saya memang Perak pure. Bukan nak kata assabiah, tapi adalah realiti yang dimana, saya rasa mereka seperti keluarga saya. Bila bekerja sekali, rasa macam.. Wah, macam di Malaysia, dengan orang Perak. MasyaAllah, besttt! Terasa macam di Perak bila kami guna bahasa Perak dalam perbualan. Tak kering gusi dibuatnya. *atee.. hee

Alhamdulillah, saya sebagai Setiausaha Program, merasakan banyak juga rupanya tugas seorang setiausaha. Bukan sekadar menulis. Tetapi disebabkan zaman kini yang segalanya Facebook, banyak kena update di FB, Google Docs. Saya bukan budak sekolah lagi yang mengharapkan sesuatu datang macam itu sahaja ataupun tunggu orang bagi tugas. Tapi, sometimes saya yang kena cari, selongkar, geledah..


Semoga AGM kali ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Ameen~
Moga Allah redha.
Dan juga, hati sentiasa dijaga.
Tamayyuzzz jom!

"Bergaul mesralah, tetapi berbeza"

No comments:

Post a Comment