Tuesday, May 8, 2012

Amal soleh terbesar.

Amal soleh terbesar saya sekarang ialah study.

Jom study!
Final exam.
Jadual imtihan :

12 Mei 2012 - Ujian Sijil Al - Quran (Kelas Al - Quran)
13 Mei 2012 - Arab Istidraki
19 Mei 2012 - Madkhol ila Ilmu Al - Ijtima'
20 Mei 2012 - Syiir Jahili
22 Mei 2012 - Maharot Lughowiyah

*Maaf, kalau kalian tidak tahu maksud perkataan di atas. Mungkin boleh buka kamus. Hehe. Berusaha sikit mencari. 

So, sepanjang minggu exam ini, bulatan gembira saya akan ditunda hingga berakhirnya semua paper untuk final exam. 

Pada waktu ini, tarbiyyah diri sangat perlu dijaga. Tarbiyyah Dzatiyyah. Ya Allah, nak dekat exam ini, kena jaga mutabaah amal. Ya, memang amal soleh saya ialah belajar. Akan tetapi, jika study sahaja, solat ke mana, puasa sunat ke mana, tak jadi juga kan. Allah pandang semua itu. Sebaliknya, bukan pula waktu nak dekat - dekat exam ini banyak pula amalan sunat atau solat kita penuh. Lepas itu. once berakhirnya exam, jadi lagha segala bagai. Naudzubillah. Istiqamah ye sahabat - sahabat.

Ok then, jom impikan kejayaan yang tinggi - tinggi hingga ke langit. Opss. Over* Semoga kita sedar apa sebab kita belajar, niat kita apa, apa yang kita harapkan dengan kejayaan kita nanti.. Banyak persoalan sebenarnya.. Atau.. Memang kita sendiri yang mahu menjadikan ia hanya sekadar penyataan yang boleh jadi betul atau salah. Kalau betul, ya..memang betul. Kalau salah, memang salah. Apa - apa pun, kia tidak boleh berputus asa dalam menggapai impian kita. Allah mengira sebesar mana usaha kita, bukan hasilnya. 

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok"
 (Imam Hassan Al Banna)


Ini serba sedikit nasihat dari saya (buat diri saya juga) :
1. Banyakkan berdoa. (ibu bapa, guru - guru, kawan - kawan)
2. Mohon restu ibu bapa.
3. Menjaga amalan sunat di samping tidak meninggalkan amalan wajib.
4. Minta maaf pada semua orang.
5. Pastikan semua topik telah dibaca.
6. Ketika menjawab, bayangkan wajah ibu dan ayah atau yang tersayang (bukan kekasih) yang telah bersusah payah untuk kita.
7. Mohon berkat dari guru - guru / pensyarah
8. Selesai menjawab, tawakkaltu'alallah.

InsyaAllah, kheir. Bittaufiq kepada yang exam!

Study hard,
Study smart,
Don't be jahat,
This is my nasihat.
=)






No comments:

Post a Comment