Wednesday, November 30, 2016

Malu

Bismillah.

Moga hari hari kita sentiasa dirahmati oleh Allah azza wajalla.

Kebelakangan ini, ada perkara yang sering bermain di fikiran bilamana segala perkara atau peristiwa yang lepas, tiba - tiba muncul kembali dalam keadaan yang tidak disangka sangka. Perasaan yang paling tidak seronok atau menarik, perkara tersebut related dengan hal lepas. Jahiliyah dahulu kala. 😞

Seolah olah mahu menghilamgkan diri dari berjumpa atau berada di situasi tersebut lagi. Oh no, malu!

Well, kenapa perlu malu sebenarnya?

Sepatutnya patut lebih malu dengan Allah kan?
Terhadap dosa dosa yang menggunung tinggi. Ni tak, malu berhadapan dengan kebenaran atau realiti di depan mata. Astaghfirullah.

Tapi tidak mengapa, malu tanda hati kita masih ada iman. Iman yang menggerakkan kita untuk terus kuat dan menghadapi realiti tersebut walaupun agak sukar untuk ditelan.

Nak lari jauh jauh?
Tidak perlu, cuma perlu tenang dan berdoa.

Moga segala aib dan perkara yang memalukan yang lepas, Allah tutup dan pelihara sehingga akhirat kelak. Ameeen.


No comments:

Post a Comment