Friday, October 16, 2015

inilah masanya untuk berubah

Bismillah.

Ada betulnya juga kalau kita kata, kita melihat dakwah itu secara sunnah bukan kefardhuan? Sebab asas Islam dalam Hadits Jibril tidak ada cerita fasal dakwah :)

Apa - apa pun, tidak mahu mengulas panjang. Ulama berselisih pendapat mengenai kewajipan dakwah. Ya, biasalah berbeza pendapat. Khilaf itu kan #rahmah?

Cuma pointnya di sini ialah, kita memang kena buat dakwah. Biarlah orang kata kita dakwah haraki ke, apa ke. Kita ada pendirian dan jawapan kita serta misi kita yang betul. Berjaga - jaga apabila digelar dakwah haraki yang tidak bawa kemana. Kita seronok berdakwah sana - sini dengan agenda lain. Agenda politik misalnya. muhasabah kejap. Agama kita, Islam tidak perlu ada nilai politik. Tapi dalam berpolitik, semestinya ada nilai - nilai agama - Rached Ghannouchi.

Kita memang kena jelas agenda - agenda musuh islam. Kaji semula bahan - bahan yang digunakan, adakah masih sesuai digunakan sekarang. Mengikut peredaran zaman, waktu dan tempat, segalanya sudah berubah. Kita sekarang dalam fasa untuk memahami dunia yang kita jalani. Dengan kemodenannya, segala macam adat dan budaya, dakwah juga yang kian melaju. Kalau kita masih dengan isu perkauman, fiqh - fiqh lama, taksub dengan hal surface, kita tidak akan boleh pergi jauh. Selagi tak sanggup berdikari dalam mendepani umat, selagi itu akan makin ditindas. Nauzubillah

Sayang Asy Syahid Hassan Al Banna sudah tiada. Membayangkan susuk tubuh itu jika masih ada (Rahmatullahialaih) dengan idea yang bernas, sempat menelaah dan menjelajah Eropah, pastinya ideanya akan digunakan sekarang secara realitinya. Allahummaghfirlahu warhamhu

Mungkin banyak isu yang perlu kita tahu, isu yang sudah tahu pula, adakah kita betul - betul faham isu tersebut. Bukan dek kerana apabila orang berkata kita perlu cakna isu, kita faham ala kadar sahaja. Kaji semula adakah cara faham isu kita itu betul atau tidak.

#isu di Malaysia politik, ekonomi, LGBT, 
#semoga kita berada dalam rahmat Allah
#selamat semuanya
#it's time to save the nation ini slogan DAP ke slogan Avatar : The  Legend of Aang

Wallahua'alam

- entry ini hasil setelah beberapa perbincangan dibuat
bersama sepupu. jadi, tajuk seterusnya Nadirah? -

No comments:

Post a Comment