Saat ini, mendambakan jaulah bersama akhawat yang disayangi.
Kita merancang, Allah sebaik - baik perancang.
Perbualan sekitar bulan 10, 2014
Ukhti : Nad, jom ke Turki cuti musim panas nanti. (sepatutnya pergi bulan Jun yang lepas)
Saya : Jom, apa projek jaulah kita?
Ukhti : Planner dan buku nota KIJ. Ana dah siapkan planner, buku nota je ana tak tahu nak
design macam mana.
Saya : Cepatnya enti siapkan planner. Ana tak tolong pun design untuk kali ni macam tahun lepas.
Ukhti : Maaflah, hari tu ana buat semua sekali. Alang - alang.
Saya : Untuk buku nota, Ha, ana ada idea. Buat macam buku nota Aqsa Syarif. Isi dalam buku
nota tu, setiap helai ada background KIJ. Cover depan dan belakang memang letak
logo pastinya.
Ukhti : Set, insyaAllah.
****
Setiap kali nak jaulah, akan ada projek yang akan dilakukan. Bermula untuk jaulah ke Mesir, saya tak terlibat sangat untuk projek. Tapi dalam kalangan ahli jaulah sendiri, ada yang membuat projek untuk menampung perbelanjaan ketika berjaulah.
Jaulah kedua, UK dan Spain. Yes, projek jaulah saya dan seorang sahabat ialah membuat planner. Kami design bermula dari kulit depan hingga kulit belakang planner. Alhamdulillah
Jaulah ketiga, yang cadangnya untuk ke Turki. Projek berjalan seperti biasa tapi ahli projek bertambah. Sehingga akhirnya, semua orang membawa haluan masing - masing dengan berjaulah dengan orang lain dan mengambil keputusan last minute. Alhamdulillah apa - apa pun.
Saya?
Disebabkan tidak dapat berjaulah bersama sahabat - sahabat, makanya saya kini menghitung hari sahaja untuk ke Turki berjaulah keseorangan. sedih ke?
Semoga Allah mudahkan segala urusan.
Doakan.
giza, mesir |
alhambra, granada, spain |
cardiff, wales, uk |
No comments:
Post a Comment