Monday, July 27, 2015

Al Quran bagaimana?

Bismillah.

Ummah ini akan dihidupkan kembali dengan Al Quran. IHAB

Ayat yang pendek, tapi mendalam maksudnya.

Nadirah, bagaimana hubungan awak dengan Al - Quran? Hafalan terutama sekali. Amalan dengan ayat - ayatnya apatah lagi. Kisah - kisah teladan dalam al quran, sudah benar - benarkah diambil pelajarannya?

Astaghfirullah

Setiap kali untuk berjumpa Sheikhah, mesti ada perasaan bersalah dengan Sheikhah sebab diri ini merasakan tidak begitu serius dengan ayat - ayat Allah. Kalau kata boleh baca satu juz sehari pun, tetapi perangai masih sama bagaimana?

Belajar hampir dua tahun untuk dapatkan ijazah dan sanad Al Quran sahaja, saya seperti membuat persoalan dalam diri, Nadirah, awak main - main dengan ayat Allah ya? Awak masih tak serius. Kalau sebutan, tajwid, lancar sekalipun, saya tidak rasa saya layak untuk dapatkan ijazah dan sanad.

Kenapa?

Akhlak Rasulullah s.a.w ialah Al Quran. HR Muslim

Gulp

kena dapatkan lebih zuq ketika tilawah dan tadabbur :(

Wallahua'alam


No comments:

Post a Comment