Sunday, July 19, 2015

aidilfitri : berbuat baik

Bismillah.

Salam Aidilfitri.

Hari yang dinantikan oleh orang Islam, sebagai hari kemenangan bagi umat Islam seluruhnya, setelah berpuasa di bulan Ramadhan. Menang dalam erti menahan nafsu, belajar erti mujahadah.

"Hari raya bukanlah hari kita bermewah - mewah, memakai baju baru semata."

Gulp.
Ayat pertama Sheikh Makmun dalam khutbah kedua selepas solat sunat hari raya.

Kenapa gulp Nadirah? biarlah rahsia

Well, Alhamdulillah, walaupun tidak dapat beraya bersama keluarga. kegembiraan tetap dirasai bersama - sama kawan di sini.

Raya di perantauan ini, memang tak sah rasanya kalau tak ada pelajar yang buat rumah terbuka. Dalam sehari raya, boleh jadi dapat jemputan dalam enam ke tujuh buah rumah. Rajinnyyyaaaa lahai orang Malaysia masak. Oh, rindu makanan sewaktu raya di Malaysia agaknya.


وَاعْبُدُوا اللهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا
"Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak - anak yatim, orang - orang miskin, tetangga yang dekat, tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang sombong dan membangga banggakan diri."
An - Nisa 36

Ayat yang menarik untuk kita renungkan bersama sempena bulan Syawal yang mulia ini. Highlight : tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat. Sambil ziarah rumah terbuka yang ada, sambil mendoakan kesejahteraan saudara yang kita temui. Kata nak berbuat baik kan? Raya sepatutnya semua orang baik - baik sebab kita baru sahaja keluar dari sebuah sekolah Ramadhan, Takkan masih berleluasa dosa dan noda? Eh.

Hari raya hari mulia, penuh barakah, penuh dengan sa'adah dan juga penuh dengan maghfirah.

Makanya, sejauh manakah pakaian taqwa kita setelah madrasah Ramadhan ini? Adakah sisa jahiliyah masih berdaki dalam diri?


*****


sisters fillah
rumah terbuka paling awal
reflection of us
bersama akhawat Brunei, masyaAllah makanan terbaik
countdown jannah balik :'(
coursemate, Kak Irma
sahabat, Najiha
rumah terbuka terawal di pagi hari raya kedua, alhamdulillah
camera sepertinya tidak boleh dipisahkan kalau hari raya. eh


 Gambar menunjukkan kegembiraan dan keseronokan beraya walaupun jauh dari keluarga. Walaubagaimanpun, tetap mendoakan sahabat - sahabat kita yang mungkin tidak dapat mengecapi kebahagiaan di hari raya bersama orang tersayang (anak yatim, orang miskin, orang yang tertindas)

Apa - apa pun,
Alhamdulillah 'ala kulli halin
Wa astaghfirullah min kulli zanbin wa atubu ilaih

Till then, wassalam


Have a blessed Eid
Taqabalallahu minna wa minkum
3 Syawal 1436

No comments:

Post a Comment