Sunday, May 17, 2015

Super busy

Bismillah.

What a hectic week I've had.

Minggu lepas adalah minggu paling sibuk saya kira. Sehinggakan rakan kelas sedar kesibukan saya, "Eh, kenapa Nadirah tu. Lajunya keluar dari kelas."

"Nad busy sangat minggu ni." kata housemate

Astaghfirullah.

Kesibukan minggu lepas membuatkan saya termuhasabah sendiri dan cuba menangkis segala persepsi yang saya kira akan membantutkan untuk saya meneruskan kerja saya.

Ya, tiap - tiap hari ada hal, mesyuarat. Kalau tak meeting atau jumpa orang, menghadap laptop atau handphone. Membalas email, mesej atau whatsapp. Kena putuskan satu keputusan yang saya kira. Betul ke apa yang saya buat! Sesungguhnya, saya seorang yang sangat susah membuat keputusan yang kemudiannya akan tanya atau menyusahkan orang lain dengan tanya pandangan mereka sedangkan saya yang sepatutnya fikir dan buat keputusan sendiri sebab saya yang berada dalam situasi sebenar. Allahua'alam

Rasa diri tidaklah sekuat mana untuk menghadapi minggu yang super busy minggu lepas tanpa kawan - kawan seperjuangan dan paling penting sekali, jaga hubungan dengan Allah dengan penuh sabar dan solat. Sehingga akhirnya, merasakan, 'Ya Allah, Kau mudahkan segalaaaa urusanku dan tunjukkan hikmahnya.'

Penangan minggu lepas, badan rasa sedikit lemah, sepertinya tidak cukup rehat mungkin. Apa - apa pun alhamdulillah. Minggu yang super busy sudah pun berakhir. Bukan berakhir selamanya, ada lagi kerja atau sesuatu menanti. Sebabnya, kita kan tahu, berakhir sesuatu, akan datang sesuatu yang baru dan insyaAllah, kita boleh lalui dengan sebaiknya.

Hikmahnya, tak perlu tunjuk sangat yang kita sibuk. Banyakkan amal dan berusaha untuk capai keikhlasan dalam beramal. Banyakkan beristighfar dalam kesibukan, sebab kita tak tahu dalam amal yang mana Allah akan terima.
Allah kan letakkan kita dekat sesuatu taklifan itu dengan kemampuan kita dan Dia tahu yang terbaik. Bersungguh sungguhlah dalam bekerja sebab Allah pandang usaha, bukan hasil. Yes, rasa cliche ayat ini, Tapi, terkesan dengan hikmah ayat tersebut.

'Ala kullin, tahniah dan takziah Nadirah
You did a great job
Astaghfirullahalzhim

Wassalam

No comments:

Post a Comment