Monday, December 15, 2014

Blessed

Bismillah.

Sollu ala Muhammad

Alhamdulillah, jumaat lepas telah diadakan program Badan Kebajikan Anak Perak Jordan di Mafraq. So, telah berkumpullah anak - anak perak di program amal tersebut. Ya, it was a charity dinner.

Cuma nak kongsi sedikit perasaan ketika itu. Of course seronok, rasa macam balik kampung sekejap. Besides, dapat jumpa kawan lama yang berada di universiti yang lain di sekitar Jordan. Serius perasaan yang sangat terharu dan ... Mungkin sebab rasa dah hampir empat tahun di Jordan, ukhuwah masih kukuh (insyaAllah), masih kenal dan rapat. Bukan sebab assabiah negeri walaupun mungkin nampak seperti ya sikit. Time itu sahaja, mungkin :D

Berbalik pada diri ini sendiri, saya memang orang Perak asli. Lahir di Sitiawan, Perak. Membesar di Taiping, Perak. yet, Perak. Nampak macam tak berkembang duduk di Perak sumedang (bahasa Perak udah terkeluor) Parents pun orang Perak. Adik beradik semua lahir di Perak. Alhamdulillah

Tapi ada sedikit masalah apabila saya sendiri memang tak cakap Bahasa Perak. eh? Sebab dalam biah keluarga sendiri yang memang cakap Bahasa Melayu biasa sahaja. Tak ada loghat sangat. Yang mungkin keluar ialah loghat Penang sebab majoriti orang dekat Taiping cakap macam tu. "Hang - hang. Aku - aku."

Teringat zaman sekolah. Bahasa panggilan untuk diri  ialah 'kita' dan dan panggilan untuk kawan ialah 'hang'.. Serius kelakar. Kawan - kawan memang akan kenakan balik sebab guna 'kita'. Sebab 'kita' kan istilah yang digunakan untuk ramai. Well, I am who I am. Pendirian time dulu - dulu. Nampak macam pelajar tak berdisiplin ke? The truth - dapat anugerah pelajar sahsiah 2010. Unbelievable right? errrr

Post tidak berbaur nostalgia atau apa. Bangga jadi orang Perak. Perak murah barangnya. eh?


Let's achieve what can be achieved.
Let's explore what can be explored.
Let's learn what can be learned.
Let's gain what can be gained.

"In the words of a lone traveller :
Life is a long road with no visible end."
-Dash Johari-

Road to finals
Bismillah

No comments:

Post a Comment