Wednesday, February 6, 2013

Depend on Allah

Bismillah

Berkenaan penangguhan final exam saya pada semester lepas, kerana bermusafir ke Mesir.
Pause it right there!

Sebenarnya, minggu ini saya sangat sibuk menguruskan mengenai penangguhan exam tersebut.
Naik turun tangga untuk berjumpa pensyarah.
Rupa - rupanya, bukan perlu berjumpa pensyarah, akan tetapi ada hal yang perlu dibereskan sebelum berjumpa dengan pensyarah.
Perlu berjumpa dengan insan ini, insan itulah untuk tandatangan, pengesahan dan sebagainya.
Berkomunikasi dengan orang Arab.
Diketawakan, dimarahi (biasa - biasa)
Errr
Amat terasa kepenatannya. Serius! :')

Tetapi, terasa sangat kebergantungan pada Allah pada waktu kejadian.
Sahabat yang menemami mengingatkan diri yang marhaen ini agar berselawat, istighfar dan berdoa pada Allah. 
Sempat juga sahabat tersebut berkongsi tentang kata - kata Salahuddin Al - Ayubi iaitu,
 "Saya bertanya tentang kebijaksanaan, dan Allah memberikan saya masalah untuk diselesaikan."
Yes, sangat terkena pada waktunya.
Jazakillah ukhti :)

Segala suka duka, keluh kesah berubah menjadi sedikit ceria apabila urusan tersebut selesai.
Walaubagaimanapun, sedikit perasaan takut untuk menghadapi hanya satu paper terakhir yang ditangguh pada semester lepas.

So, minggu ini perlu study dengan lebih tekun.


Perlu lebih sedar diri.

Tarbiyyah mematangkan diri
:)

No comments:

Post a Comment