Saturday, February 16, 2013

Air Mata Kesedihan

In the name of Allah

Bilakah kali terakhir anda menitiskan air mata ketika bersujud?
Kenapa anda menitiskan air mata tersebut?
Adakah kerana mengenangkan dosa - dosa yang lampau, terhadap Allah, Rasulullah, ibu bapa, kawan - kawan?

.......................................

Yes, setengah orang sangat mudah untuk menitiskan air mata.
Lebih - lebih bagi wanita yang sememangnya mempunyai hati yang cepat tersentuh.
Subhanallah.


Sometimes, kita akan rasa satu hari rasa seperti mahu menangis sepuas - puasnya kerana masalah yang melanda, yakni lebih kepada perkara duniawi semata.
Tersangatlah rugi walaupun kita rasa, kita puas apabila sudah menangis teresak - esak.
Bukankah ia sia - sia?
Astaghfirullah.

Biarlah tangisan kita itu hanya disebabkan kita mahu mengejar redha Allah.
Tangisan yang sesungguhnya kerana kesedaran diri kita atas sesuatu yang disebabkan iman kita pada waktu tersebut .... (tepuk dada, tanya iman masing - masing)
Tangisan yang hakikatnya hanya Allah dan kita sahaja yang tahu dan kita sedar akan kekhilafan diri, kedhoifan diri sebagai hamba Allah yang sungguh marhaen.

Sahabat - sahabat dulu, buat semua perkara seolah - oleh mereka nampak syurga di depan mata mereka.
Jadi, semua orang mesti hendak menggapai rahmat Allah, mengecap keampunan dariNya di dunia dan akhirat kelak dan akhirnya, ke syurga Allah.
Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Air mata yang mengalir itu adalah suatu peluang untuk kita bangun untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Bukan air mata yang biasa - biasa. Tapi untuk menolak kita menjadi yang luar biasa.
-quoted-

Sekadar coretan untuk hari ini.
Diri ini sedang merindui kekasih Allah, Muhammad peace be upon him :)
Nak jumpa semua di syurga Allah.
Ameen

No comments:

Post a Comment