Alhamdulillah, akkhirnya saya telah berjaya melalui madrasatul hayah ramadhan :) Eh, kenapa pelik je? Curik ayat MH-i. Peace :) Semoga segala cabaran dan ibadah yang telah dilakukan sepanjang bulan yang penuh barakah diterima Allah azzawajal.
Sekarang dah raya ketujuh (well, saya sedar dah lama sangat tidak menghapdet blog) Bukan saya nak kata saya sibuk memanjang dengan urusan itulah, inilah, tapi cabaran di Malaysia memang sangatlah banyakkkkkk. Jujur saya katakan, saya bukanlah kuat untuk menepis segala jahiliyah wink wink. Tapi saya sedar, mujahadah itu perlu!
Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan karuniaNya, saya dapat meraikan kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia ini dengan keluarga tercinta. Sepanjang raya yang masih berbaki di Malaysia ini sebelum pulang belajar ke bumi Syam sana, saya sangat menghargai setiap saat bersama keluarga. Dari raya pertama hingga sekarang, asyik nak bersama mereka. Yes, i love them <3
No comments:
Post a Comment