Tuesday, July 17, 2012

SAFFIANS, tinggal kenangan :)

Dalam kenangan :')
my birthday

eidul adha

adah's birthday

Tidak ku sangka, selama 9 bulan di Bayt Saff. 
Banyak yang telah ku pelajari bersama - sama mereka.
Dari segi dakwah dan tarbiyyah itu sendiri.
Tahun pertama saya sudah tinggal di rumah sewa.
(sebabnya, tahun pertama pelajar akan tinggal di asrama universiti)

Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.
Mereka telah mengajarku pelbagai perkara, dari sekecil - kecil perkara, hinggalah ke sebesar - besarnya.
Solat bersama, makan bersama, study bersama dan kadang - kadang sama - sama membantu di dapur.
Banyak sangat aktiviti yang kami lakukan bersama, walaupun di rumah saya ada dua orang kakak pelajar tahun akhir pergigian.

Apa yang saya cuba mahu sampaikan ialah, kami saling memahami antara satu sama lain.
At first, banyaklah juga keraguan yang timbul dalam fikiran saya tentang setiap ahli rumah saya, tapi...
Semakin lama bersama mereka, semakin dapat mengenali mereka sedikit, demi sedikit.
Mereka semua dari Pantai Timur. Saya dari Perak.
Pada mulanya, saya agak susah dan faham dengan apa yang dibualkan mereka hingga kadang - kadang, saya blurkan diri dan mereka seperti terus faham yang saya tak faham apa yang mereka katakan. huhu

Setiap dari mereka mempunyai perwatakan berbeza yang telah membuatkan Bayt Saff sentiasa happening.
Bukanlah saya mahu mengatakan rumah saya sentiasa ruhii sahaja, basah sentiasa dengan qiyam tiap hari, tazkirah.
No, kami manusia yang tidak lari dari dosa.
Tapi, kami sedar yang kami perlu sama - sama untuk membina diri dalam rumah tersebut.

Kak Shuk : Sebagai ayah dalam rumah. Ketua rumah lah senang cerita. Ya Allah, sangat mengagumi Kak Shuk tidak kiralah dari segi study mahupun DnT. Kelakar dan agak cool.

Kak Fifah : Kak Fifah pula sebagai emak :) Banyak menasihati kami dalam segala aspek. Sangat mementingkan masa. Kadang - kadang garang juga. Eheh~

Sa'adah : Kawan sama umur. Orang terengganu, suka membebel kat saya kalau saya buat salah. Opss~ Rajin study dan banyak rahsia.

Najiha : Sama umur juga dengan saya.Tegas dan ada sikap pemimpin. Pada mulanya, susah juga nak faham cara Jiha. Tapi, kami semakin rapat alhamdulillah.

Saya : ............

Alhamdulillah. Allah anugerahkan kepada saya ahli - ahli rumah yang sangat baik dan segala yang baik - baik itu lah mereka! 
Sekarang, Bayt Saff sudah disewa oleh pelajar lelaki dari Malaysia.
Dan kami?
Dua orang kakak tahun akhir tadi sudah back for good dan kami bertiga yang masih belajar, berpindah rumah serta tidak tinggal bersama lagi.

Yes, ini juga satu tarbiyyah buat kami SAFFIANS.

Ukhuwah bukan terletak pada indahnya pertemuan, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya.
-Imam Al - Ghazali-


-Mendoakan yang terbaik untuk bekas 
ahli Bayt Saff sesi 2011/2012-


No comments:

Post a Comment