Saturday, July 7, 2012

Pengalaman mengajar KITA

Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah. Pada Rabu yang lepas, telah berpeluang menziarahi Mak Cik Mazenah dari Serdang. Layanan yang diberikan oleh mak cik sangat - sangat membuatkan kami berasa sungguh terharu. Saya dan beberapa lagi akhawat Jordan yang lain yang semuanya secara total dalam 17 orang.

Setelah kami mengambil posisi masing - masing dalam keadaan yang selesa di ruang tamu rumahnya, kami berta'aruf sesama kami. Mak Cik Mazenah meminta kami menceritakan suatu pengalaman yang manis atau pahit untuk dikongsi bersama supaya nampak kelainan dalam sesi ta'aruf kali ini. Sungguh tidak disangka - sangka orang yang saya sangka selama ini periang, pendiam semuanya ada kisah disebaliknya. Alhamdulillah Ya Allah. Sesi ta'aruf kami dikongsi dengan cerita - cerita yang menarik dalam kalangan kami.

Mungkin satu kisah ini, yang dikongsi oleh seorang ukhti dalam kalangan kami. Ukhti tersebut menceritakan tentang dirinya yang ketika waktu itu, umurnya baru sekitar 8 - 9 tahun. Adik - beradik beliau telah ditimpa kemalangan yang agak dasyat saya kira berdasarnya apa yang diceritakan beliau. Dengan adik - beradiknya yang masih kecil ketika itu, bersama ibunya. Kemudiannya, ada yang dikejarkan ke wad ICU kerana kemalangan yang agak serius, selain ibunya yang sakit di bahagian di dada. Allahuakbar~ Alhamdulillah, semuanya selamat dan menjalani kehidupan yang sempurna kini. Setahun kemudian, beliau, ayahnya serta abangnya telah mengalami kemalangan. Kaki abang ukhti itu telah disusuk benda tajam dan ketika itu, dalam keadaan yang agak genting kerana ada minyak petrol yang bocor kalau tidak silap saya. Memang sangat bahaya dan mengancam nyawa. Ayahnya sangat mahu menyelamatkan nyawa anak. Ayah ukhti tersebut sudah tidak menghiraukan nyawa dirinya, apa yang difikirkannya ialah, nyawa anak - anaknya selamat. Subhanallah. Alhamdulillah, ramai yang telah menolong selepas melihat ayahnya sedang cuba mengeluarkan abangnya dari kawasan yang sangat bahaya. Kini, keluarga mereka sedang menikmati kehidupan yang sempurna saya kira dan dalam keadaan yang sihat - sihat belaka. Alhamdulillah.

Moral of the story : Adakah anda telah ditimpa musibah yang agak dasyat sehingga membuatkan kita rasa berputus harap? Kalau ada, cepat - cepatlah kita istighfar. Astaghfirullah. Sesungguhnya, yang datang pada kita adalah yang terbaik buat kita. Memang ada hikmah disebaliknya dan memang tidak boleh disangkal lagi. Tidak sekarang, mungkin nanti. Everything happens for a reason. Allah knows best. 


"Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)

Besides, sayangilah saudara kita sepenuh hati kita. Mereka yang mempunyai darah daging dengan kita.  Itu juga merupakan hadiah terbaik dari Allah untuk kita. Family comes first.




No comments:

Post a Comment