Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menjejakkan kaki pulang ke bumi Malaysia.
Walaupun tidak sampai setahun meninggalkan negeri Perak (oh no, saya memang Perak tulen)
Banyak juga perubahan yang telah saya lihat pada kaum kerabat saya sendiri, kawan - kawan yang membuatkan saya rasa..MasyaAllah, Sungguh cantik aturan Allah.
Pulang dari KLIA, terus ke rumah opah saya.
Kelihatan wajah opah yang sangat gembira melihat kepulangan cucunya (:
Sepupu - sepupu yang turut berada di kampung, turut sama untuk bertanya khabar saya.
Alhamdulillah.
Di samping itu, walaupun tidak sampai seminggu lagi di Malaysia, tarbiyyah diri sangat perlu dijaga.
Setiap masa perlu digunakan sebaik - baiknya agar tidak leka langsung dengan perkara lagha.
Alhamdulillah, telah berpeluang untuk pergi suatu konferens riang yang saya kira cukup menarik tajuknya.
Akan tetapi, biarlah rahsia mengenai tajuk konferens riang tersebut.
Apa yang nak dikatakan di sini ialah, dapat berjumpa akhawat di Malaysia memberi
saya semangat baru untuk terus melaju dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini. InsyaAllah.
Sungguh lama saya tidak berjumpa makcik - makcik dan pakcik - pakcik.
Melihat hammasah mereka yang tidak pernah berhenti dalam memastikan kami remaja mendapat hak masing - masing.
Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang mengikut tarbiyyah, tidak semestinya saya harus merasakan saya dalam kondisi yang kondusif. Takut - takut segala amal yang dibuat tidak diterima Allah. Na'udzubillah.
Hati perlu dijaga supaya iman sentiasa segar untuk membuahkan amal yang ihklas hanya kerana Allah.
Bukan kerana sikap riya', 'ujub, takabbur, sum'ah atau apa - apa perasaan yang boleh mencacatkan perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini.
Banyak yang saya pelajari dari mereka yang telah menjumpai turning point mereka dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.
Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.
benar, sungguh panjang, susah dan lambat. mampu bertahan? |
"Sebarang cabaran dan halangan yang kita hadapi di atas jalan dakwah ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menguatkan kita dan mempersiapkan kita untuk mehnah dan ujian yang lebih besar di masa akan datang. Dan sekiranya kita berjaya mengharunginya, percayalah, kita akan merasa betapa manis dan besarnya nikmat yang Allah kurniakan untuk mereka yang mahu terus berjuang untuk agamaNya."
wargghhh!! terharu saya. :')
ReplyDeleteNad, ada je mse trluang,
terus sibukkan diri tau!
Jangan leka2! wokeh?
Really mess you...
Tu la. Doakan kite trus kuat nadia.
DeleteMiss you too :)