Tuesday, April 24, 2012

Misi MRI

Apa MRI? Mesti anda tertanya - tanya. Sabar, sabar.. MRI ialah Misi Mencari Rumah India. Opsss, over. Tiada India di sini. MRI ialah Mencari Rumah Islam. Apa itu Rumah Islam?


Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya, "Ambillah beberapa rumah di Mesir untuk (tempat tinggal) kaummu dan jadikanlah rumah - rumahmu itu tempat ibadah dan laksanakanlah solat serta gembirakanlah orang - orang mukmin."
(10 : 87)

Kalau saya bukan orang yang ditarbiyyah, saya akan mencari rumah yang cukup untuk berapa orang, tidak perlu ruang tamu yang besar bagai, tangki air tidak perlu lebar atau panjang sangat yakni sekadar cukup untuk kami ahli rumah. Berapa banyak bilangan bilik air yang ada, berapa bilik, ruang tamu seluas mana, segalanya perlu diambil kira dalam mencari keredhaan Allah di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Rumah Islam adalah tempat di mana kita mentarbiyyah diri kita selain bersama ahli bulatan gembira. Rumah sangat penting kerana kita memang selalu berada di rumah. Bukan sekadar rumah program. Tapi, rumah yang benar - benar untuk mentarbiyyah ahli - ahli dalam rumah itu sendiri khususnya.

Alhamdulillah, saya dan seorang lagi sahabat saya, cik Nadia, telah bersama - sama memulakan misi MRI ini sejak malam hari Ahad yang lalu. Hendak dijadikan cerita yang agak menarik, urusan kami dipermudahkan dengan berjumpa orang Arab yang baik - baik. Amat memudahkan kami untuk bermuamalah dengan mereka. Kalau jenis yang garang - garang, semput juga kami nanti. *Kheir insyaAllah. Memang jujur saya katakan, misi kami ini adalah satu tarbiyyah buat kami. Tarbiyyah Rumah.

Banyak telah kami pelajari dalam misi MRI ini. Berdikari. Ya, berdikari. Saya dan Nadia sangat belajar berdikari dalam misi MRI ini. Jika di Malaysia, nak cari rumah?? Fuh, memang tidaklah kan. Cari RI pula. Kini, baru sedar. Banyak yang kita sebenarnya sebagai Muslim perlu tahu segala 1001 perkara dari A hingga Z. Memasak, bertukang, menanam pokok.. Cuba untuk belajar dan tahu bagaimana. Bukan sekadar duduk diam dan mendapat hasil. Astaghfirullahal'adzhim.

Selain dapat memantapkan memantapkan Bahasa Arab, kami juga belajar budaya Arab sedikit demi sedikit. Masyarakat Arab mempunyai sikap yang sangat hebat dalam melayan tetamu.  Teringat kisah di waktu malam Ahad ketika kami mencari RI. Sedang kami mencari rumah, kami dipelawa oleh sekumpulan pelajar perempuan Arab yang berasal dari Palestin. Mereka cukup suka orang Malaysia katanya. Hajat kami hanyalah untuk melihat bagaimana kelihatan rumah di bangunan tersebut, akan tetapi, agak lama kami berada di rumah mereka kerana terjadinya proses 'mu'ayasyah' antara kami dan mereka orang Arab. Ketawa kecil kami di dalam hati. Subhanallah. Jumpa orang baik - baik pun rasanya sudah cukup untuk membuatkan kami bersyukur. Sempat juga mereka menghulurkan keropok dari Palestin. Alhamdulillah.

Misi kami diteruskan juga semalam (Selasa, 24 April). Kami berjalan sesuka hati. Dimulai dengan Bismillah, kami berjalan sambil mentadabbur alam. Petang itu dirasakan amat tenang. Alhamdulillah. Kami berjumpa dengan dua orang perempuan Arab yang pada ketika itu, mereka sedang bersantai untuk minum petang. Mereka cukup cantik. ^.^ Kami terus bertanyakan kepada mereka tentang rumah sewa yang ada di sekitar tempat mereka dan menerangkan ciri - ciri rumah yang kami perlukan. Ameeen ya Rabb~ Mereka membantu kami dengan menelefon pakcik mereka yang merupakan kontraktor saya kira. Dalam menunggu pakcik mereka datang, kami sempat minum petang bersama mereka. MasyaAllah. Tidak saya sangka akan duduk bersama - sama mereka, bersembang. Bermu'ayasyah dengan ibu mereka sambil memakan kuaci bersama air teh daun pudina. 

Tidak berapa lama kemudian, pakcik yang diperkatakan telah sampai. Pakcik Arab yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Nail membawa kami ke rumah yang dimaksudkan. Hikmah yang dapat dilihat ialah, jangan pandang rendah pada seorang pakcik Arab. Sekali pakcik Arab ini mempunyai banyak rumah sewa. Rumah beliau sendiri mempunyai orang gaji yang berasal dari Indonesia. Fuhhh~
Berbalik pada rumah yang Abu Nail tunjukkan kepada kami. Alhamdulillah, rumah itu mempunyai 4 bilik. Seperti yang kami kehendaki. Cuma, ruang tamu agak kecil. Akan dibincangkan bersama bakal ahli rumah saya :)

Kesimpulannya, misi MRI kami ini akan diteruskan lagi. Doakan segala usaha saya dan 7 orang lagi ahli rumah saya yang lain berhasil dan dipermudahkan Allah. Semoga hati - hati kami juga sentiasa kuat untuk terus mengingati Allah dalam mengejar syurga Allah yang tertinggi dan tidak terlari dari niat kami mencari Rumah Islam yang diidamkan. Ameen

tiba - tiba mengimpikan rumah besar macam ini. :p

No comments:

Post a Comment