Sunday, December 11, 2011

MH-i oh MH-i

Madrasatul Hayah Ikram di hatiku =)

Selama sebulan program ni dijalankan dan 10 Hari di Kemboja (R2K)
Untuk pelajar lepasan SPM dan STAM.
Bertempat di Kem Rimba Ulu Tamu, Batang Kali, Selangor
Haha, nak masuk setahun dah berlalu baru nak post tentang MH-i
Rasa sangat kelakar. Telah banyak pulak rasanya masa yang telah terbuang.
Haiyaa... "Nadirah, Nadirah.. apa la nak jadi dengan awak ni?" bermonolog sendirian

Sangat banyak untuk dikongsikan bersama tentang program ini. Sebabnya, saya banyak belajar tentang kehidupan, serta matlamat hidup (hakikinya, tersedar setelah berada di bumi anbiya' ni)
Antara aktiviti/slot(indoor) di MH-i:
1. Sirah nabawiyyah (ust. Muhaimin)
2. Tajwid
3. BM (Bro Hafiz Bai)
4. Taharoh (Ustazah Anisah)
5. Ghazwah (Ustazah Maznah)
6. How to be a good public speaker
7. Personality (Dr. Adnan Omar)
8. Kaifa Ihtadaitu
9. Misi ke Gaza (Bro Mujahid Hasanuddin)
10. Islam dan Sains (Perintis)
11. Pengurusan Kewangan
12. Critical Thinking (Dr. Har)
13. Cinta (Ummi Roses, Bro AO, Bro Jo, Ummi Faridah)
14. Jalan Dakwah / ISA (Dr.Syed Ibrahim)
15. Mukjizat Al Quran (Ustaz Alias)
16. KBM (KBM KL)
Banyak lagi sebenarnya, tapi, tak berapa nak ingat  =)

Untuk outdoor activities :
1. 1000 Jiwa 1 Hati di Majid Negara
2. Melawat puncak niaga
3. Lawatan ke UIA
4. Futsal
5. Lawatan ke rumah orang asli dan bersama anak-anak org asli
6. Task force di Selayang Mall
Ada lagi, tapi tak berapa nak ingat. Itulah padahnya tulis dalam blog lambat sangat.
hee. peace ! =))

basuh rambut adik-adik
*bersama anak-anak orang asli

Memang million perkara yang saya dan sahabat-sahabat yang lain belajar dan bila bersama kawan-kawan yang sama fikrah (tidak mengatakan dengan kawan yang lain, tidak rapat. Cuba
untuk tidak mewujudkan wavelenght antara kawan yang lain, insyaALLAH kheir)
Memang rasa lain sangatt. Fikratuna = syamil, kamil dan mutakamil
yaALLAH, manisnya ukhuwah fillah tu.

Kisah di Malam 1000 Jiwa 1 Hati juga sangat membuka kami para remaja khususnya.
Tentang zina, apa yang sepatutnya remaja perlu tahu, tanggungjawab remaja.
masyaALLAH, sangat mantap lahhh! Selain disampaikan oleh Dr. Har dan Ummi Roses, serta
Kak Dina yang menjadi moderator, sangat memeriahkan suasana.
Alhamdulillah. Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Maher Zain. ^.^
Sangatttttt tidak percaya.

Kak Dina dan Maher Zain berceloteh =)
Kak Dina, Dr. Har dan Ummi Roses =)
Disamping mendapat murabbi murabbiah kami yang sangat bersabar melayan kerenah kami yang pelbagai ragam. Pesanan Kak Asma Zaid untuk kejut kami subuh
"Akhawatttt, bangun!! antunnalah khalifah" =)
Terima kasih kak Asma' kerana telah menyedarkan kami tentang tujuan hidup di dunia ini sebagai khalifah dan ibadullah =))

Murabbiah = Kak Asma' Zaid
Murabbi kami = Bro K

Teringat slot BM
"Ikhwah, antum tak boleh anggap akhawat macam malaikat yang
boleh buat semua benda."
Untuk akhawat pulak, "Antunna kena pilih ikhwah yang ada kat sini.."
Kami yang akhawat ni, macam.. errr. perlu ke?
*macam tak ada motif je cerita pasal ni. hee~

Kaifa ihtadaitu (bagaimana saya mendapat hidayah) pun sangat terkesan. Sebabnya, mereka menceritakan
bagaimana susah dan senangnya dalam menjadi Muslim yang benar - benar qawiy, MasyaALLAH
Memang sangat, mudahnya hidayah ALLAH tu. Sama ada kita sahaja yang nak terima atau tidak
serta sedar atau tidak. Sesungguhnya, hidayah milik ALLAH dan memang, hati kita ALLAH yang pegang.

Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, ALLAH pasti mengetahuinya." Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. ALLAH Mahakuasa atas segala sesuatu.
(3:29)

Tentang masak-memasak, setiap hari akan ada dua kumpulan yang akan memasak, dan selang seli dgn group ikhwah. Pada malamnya, akan ada sesi kritik mengkritik. Pada minggu pertama dan kedua macam semangat la juga untuk memberi komen kepada masakan orang kan (konon masakan sendiri terbaik, ceyhh!) Tetapi pada akhirnya, luput sudah ditelan zaman sesi kritik. Sebabnya, kami sudah boleh terima masakan orang lain dengan rasa puas hati dan bersyukur dengan rezeki yang ada di depan mata, Alhamdulillah. Turut tersedar selepas ada seorang akhawat, berkongsi kisah  Rasulullah bersama Aishah,
yang dimana pada satu hari tu, Aishah masak. Rasulullah telah merasai masakan Aishah tersebut dan mendapati masakan Aishah itu masin. tak ada lah Rasulullah nak terus cakap.. "ei masin lah.."
Tapi, Rasulullah cakap dengan penuh berhemah iaitu meminta Aishah untuk merasai masakannya itu.

Kisah memancing ikan la yang tak dapat dilupakan. uwaaa T.T Dimarahi dengan seorang ikhwah.
Group saya CELIK IMAN LAMBANG ISLAM(CILI) telah mencari cacing dengan menggunakan garfu.
Nak dijadikan cerita, garfu tersebut tertinggal di tempat kami menggali cacing (actually ada la dua sahabat saya yang terlibat dalam proses pencarian cacing). Saya dan sahabat yang lain sibuk menyiapkan tali pancing menggunakan buluh. Keesokan harinya, group kami dimarahi oleh ikhwah tersebut. Ikhwah tu menjelaskan yang dia dah kena marah dengan owner tempat tu, itu sebabnya dia marah group kami pula.
Memang sangat mencetuskan kontroversi lahh ;P


Pada malam terakhir, kami akhawat diminta membuat persembahan.
(untuk kita-kita aje yang akhawat ♥ , winkk ^.^)
Memang sedih sedu-sedan habis la halaqah malam memoir akhawat tu.
Dengan persembahan mantap akhawat. Tulis surat sampai basah surat.
isk, isk (T.T)Ttak pernah la rasa sepilu itu. Seriously!

Well, banyakkkk sangattttt pengalaman yang telah ditimba di program tersebut
Pasal dakwah dan tarbiyyah itu sendiri.

Paling terasa ialah ukhuwwah dalam kalangan kami.
"ukhuwwah teras kegemilangan" :p

dewan kuliah kami (",)

No comments:

Post a Comment