Monday, April 2, 2012

GMJ - Palestin, kami datang


kami pasti membebaskanmu!
Apa yang sahabat-sahabat faham tentang isu Palestin? Kenapa kena sibuk-sibuk sangat dengan isu ini?
Pernah tak kita fikir, betapa Allah sedang membina saudara-saudara kita di Palestin untuk sama - sama
menaikkan ISLAM (ustaziyatul alam). ISLAM pasti akan naik. Tetapi, adakah kita hanya sekadar menjadi orang yang melihat ISLAM itu menang dan hanya berkata. "Oh, ISLAM dah naik!" Sangat sedih kalau kita hanya sekadar melihat dan tidak sama - sama membantu dan berusaha untuk menaikkan ISLAM.
ALLAH sedang membina saudara - saudara kita di Palestin sana untuk menjadi rijal - rijal yang qawiy bagi menaikkan ISLAM, tetapi kita? Orang bukan ISLAM juga cakna tentang isu Palestin ini sebab mereka kasihan dengan orang Palestin, tetapi bukan sebab agama. Koreksi balik diri kita, kita orang ISLAM. Kenapa saudara - saudara seaqidah dengan kita pun kita tak ambil peduli? 
Jom baiki diri kearah individu muslim yang hebat dan cakna isu umat =)

credit to:group akhawat MH-i (SOUL)

Alhamdulillah, alhamdulillah, tsuma alhamdulillah
Tidak disangka, walaupun di Jordan yang sememangnya sangat dekat dengan Palestin
Dapat juga saya menyertai perhimpunan Global March to Jerusalem di Amman, Jordan.
Tidak tergambar perasaan itu. Semoga Allah menerima amalanku walaupun kecil ini.
Sedikit sebanyak saya membantu sahabat seaqidah dengan saya di Palestin sana.

Sebelum bertolak, kami diingatkan untuk menjaga niat di awal, tengah dan akhir.
Seorang ukhti sempat juga membacakan surat dari Ustaz Hasanuddin untuk kami pelajar Jordan.
Ketika dibacakan, kami sangat terkedu dan sedih.
Kami hanya fikir tentang syahid, syahid... Allah..
Doa yang dibacakan oleh seorang ukhti juga terasa sangat meresap hingga
tidak dapat lagi diseka air mata kami.
Perginya kami sebagai pejuang Jordan, ALLAHUAKBAR

Alhamdulillah, sesampainya kami di sana, kelihatan sangat banyak kereta kebal milik
tentera Jordan bagi mengawal keadaan. Sangat terkejut apabila melihat ramai
orang terutama orang Arab Jordan yang turut menyertai perhimpunan aman ini.


gerun melihat kereta kebal, terasa seperti mahu
berperang dengan ISRAEL =)

macam hari keluarga kan? :)

budak comel ini pun sedar akan peranannya. anda? :)

Apa sebenarnya tujuan turut serta dalam GMJ ini? Pernah tak kita fikir? Kenapa kita perlu sibuk - sibuk berhimpun untuk Palestin? Saya sedar, yakin dan percaya, dengan usaha yang sebenarnya sikit ini, kelihatan besar buat saudara-saudara seaqidah dengan kita di Palestin sana. Mereka akan berasa cukup terharu kerana merasakan masyarakat Islam yang lain turut sama-sama menyokong mereka. Ini satu perjuangan yang sangat besar buat mereka.

Jadi, apa lagi tunggu? Jom sama-sama kita berjuang demi Palestina Tercinta (rasa pelik..hukhuk)
Ingat! Bukan sekadar semangat biasa - biasa, tetapi semangat yang berlandaskan iman untuk membuahkan amal yang ikhlas hanya kerana Allah. InsyaAllah, sama - sama kita doakan untuk kemenangan ISLAM.


Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang - orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang - orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.
(2:214)

nahnu qaumun 'amaliyyun, Ameen Ya Rab~

No comments:

Post a Comment