Wednesday, December 21, 2011

sebelum kakiku melangkah lesu

Tanggal 5hb 9 2011 adalah
Tarikh keramat di mana kaki ini akan melangkah ke bumi anbiya'
Terasa sangat sedih kerana tiga orang adik tidak ikut bersama memandangkan, adik
yang keempat di asrama penuh, dan dua orang lagi tidur di rumah mak saudara di Puchong.
Ayah kata tak perlu rasanya bawa bersama memandangkan
waktu pun waktu yang sepatutnya orang tidur (3pagi). Nanti kesian pula.
Saya dan keluarga bertolak ke KLIA dari Puchong (rumah mak saudara)
Memandangkan flight pukul 6.10pagi, kena berada di KLIA pukul 3pagi
Entah mengapa, hatiku berasa agak berat jugakklah untuk
Melangkah setapak demi setapak.
Rasa sedih sangat ketika mengucup pipi adik-adik yang sedang lena diulit mimpi indah.
Dalam hatiku cuba bisa berkata, "Sabar Nadirah, you have made the right choice.
ALLAH bersamaku."


bermusafir itu lebih baik



"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka  dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yan buta ialah hati yang di dalam dada."
(22:46)

Message yang dihantar oleh seorang akhawat di Jordan yang sangat mengambil tentang diri ini
(syukran ukhti, uhibbuki fillah)
"adik, jgnla sedih2. tajdid niat tu balik dik.
awak nak datang jordan sebab
nak belajar fisabilillah. insyaALLAH kakak-kakak di sini
akan support awak, kami sentiasa ada untuk awak.
sedih nak tinggalkan family itu biasa la. mula - mula je.
jangan lupa minta ampun + halalkan segalanya pada mak dan ayah.
keberkatan mereka sangat penting. flashback balik pengorbanan
dalam perjuangan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang dimana
tinggi semangat mereka. sampai boleh, kita pun perlu jugak capai apa
Rasul dan para sahabat buat.."

Sangat terkesan dengan message tersebut.
Di KLIA pun, hati memang terasa sangat dup dap, dup dap
I was like.. Betul ke, mcm tak percaya nak pergi dah..hari yang
ditunggu-tunggu sebelum ni, yang terasa sangat lama sudah pun tiba.
ya ALLAH, tabahkanlah hati hambaMU.

At the end, nak ke balai perlepasan.
Sesi bersama mama dan ayah, adikku, Shafiq dan Nadiatul Hanan,
maktok, opah, kak wa
uwaaa. Tak nak tengok orang lain menangis.
Saya cuba tahan dari menangis. Sob Sob. (T.T)
Akhirnya, berlepaslah seorang anak + pelajar + mujahidah
ke bumi Jordan yang pada dahulunya, sangat diimpi - impikan.
Alhamdulillah, sungguh cantik aturan ALLAH :)

No comments:

Post a Comment